CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Anwar iktiraf PETROS sebagai pengagregat gas tunggal Sarawak

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:31 AM | Show all posts |Read mode


Ibrahim ditemani isterinya bersalaman dengan hadirin pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 2 PBB Satok yang diadakan di SK Merpati Jepang, semalam.

KUCHING: Sarawak menghargai pengiktirafan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak.

Demikian kata Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki sambil menambah, pengiktirafan tersebut amat bermakna buat kerajaan negeri.

“Pengiktirafan tersebut telah ditegaskan semula oleh Datuk Seri Anwar semasa lawatan rasmi beliau ke Sarawak pada hari Sabtu lepas.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri pada Sabtu lalu sekali lagi mengumumkan bahawa beliau mengiktiraf Sarawak, melalui PETROS, sebagai pengagregat gas dan pengiktirafan ini amat bermakna bagi kita.

“Ini bermaksud kita yang akan mengurus pengagihan dan penjualan gas dan ini akan menyumbang kepada peningkatan hasil daripada sektor gas negeri. Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengiktirafan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 2 PBB Satok yang berlangsung di Dewan SK Merpati Jepang semalam.

Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok turut memaklumkan bahawa Anwar menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak yang dirangka oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pelan tersebut menurut beliau akan memacu pembangunan sektor gas khususnya di wilayah barat Sarawak termasuk Kuching.

“Perdana Menteri dalam mesyuarat pada hari yang sama, menyatakan sokongan beliau terhadap pelan hala tuju tersebut yang dijangka akan menarik pelaburan beratus bilion ringgit dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Sarawak.

“Ini akan menjana hasil kepada Sarawak serta membuka peluang kepada perniagaan dan usahawan tempatan kita,” tambahnya kemudian.

Pengiktirafan PETROS sebagai pengagregat gas serta sokongan terhadap pelan pembangunan gas Sarawak dijangka memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju dalam sektor tenaga dan sumber asli di Malaysia.

Hadir sama, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abdul Samat Gany, Ketua Ranting Kampung No.5 Abang Kamarulzaman Drasid dan Ketua Ranting Kampung No.6 Shah Iszhan Isnin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.345022 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list