CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 71|Reply: 0

[Sabah] Wujudkan peruntukan baharu untuk pengeluaran geran tanah Anak Negeri

[Copy link]
Post time 15-4-2025 11:55 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan satu peruntukan khas bagi mempercepatkan pengeluaran geran tanah Anak Negeri yang telah disukat namun bukan di bawah Program PANTAS.

Katanya, ramai pemilik tanah di kawasan luar bandar seperti Kadamaian masih belum menerima geran tanah walaupun proses penyukatan telah lama dilaksanakan, sekali gus menyukarkan akses mereka kepada kemudahan kerajaan dan pembiayaan institusi kewangan.

“Banyak tanah Anak Negeri yang telah disukat tetapi bukan di bawah Program PANTAS masih belum menerima geran sehingga ke hari ini. Situasi ini memberi kesan kepada pemilik tanah yang ingin memohon pinjaman atau menggunakan tanah mereka secara sah dalam pelbagai urusan rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Ewon berkata, sebagai langkah penyelesaian, kerajaan Sabah wajar mempertimbangkan peruntukan khas atau membawa isu ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui Projek Khas Ekonomi Anak Negeri Sabah agar proses pengeluaran geran dapat dipercepatkan.

“Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan peruntukan baharu atau mengangkat keperluan ini ke peringkat Persekutuan bagi membantu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) mengeluarkan geran tanah yang telah disukat,” katanya.

Pada masa yang sama, Ewon turut merakamkan penghargaan atas pelaksanaan Program PANTAS di Kg Kiau dan Kg Tambatuon, serta pelaksanaan seterusnya yang dijadualkan di Kg Sayap, Kg Terintidon dan Kg Melangkap.

Beliau turut menyarankan agar program tersebut diperluaskan ke lebih banyak kampung seperti Kg Lobong-Lobong, Kg Kaung, Kg Gensurai, Kg Lasau, Kg Lahanas dan Kg Podos pada tahun akan datang.

“Saya percaya JTU memerlukan kemudahan tambahan bukan sahaja untuk memperluaskan pelaksanaan Program PANTAS, tetapi juga bagi mempercepatkan pengeluaran geran tanah melalui proses biasa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039052 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list