CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan 600 menara SMART dijangka siap lebih awal daripada sasaran

[Copy link]
Post time 11-4-2025 12:50 PM | Show all posts |Read mode


Sudarnoto (enam kiri) dan Freddie (lima kiri) merakamkan kenangan bersama pengamal media pada majlis tersebut. – Gambar Chimon Upon

KUCHING: Projek pembinaan 600 menara telekomunikasi Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) mencatat kemajuan memberangsangkan apabila dijangka siap lebih awal daripada sasaran asal pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Digital Ekonomi Sarawak (SDEC) Dato Ir Ts Sudarnoto Osman berkata setakat ini, antara 580 dan 590 menara telah siap dibina.

Jelas beliau, sebanyak 458 menara kini telah beroperasi, dengan 389 SMART600 dilengkapi dengan teknologi 6-way MOCN, sekali gus merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Pelaksanaan ini katanya, melibatkan kerjasama erat bersama lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama (termasuk CDMU dan YTL), serta perkhidmatan Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) sebagai operator keenam.

“Kita menjangkakan antara 60 dan 80 tapak lagi akan diaktifkan dalam masa terdekat dan menyasarkan keseluruhan projek boleh disiapkan seawal bulan Julai atau Ogos tahun ini, jauh lebih awal daripada jadual asal,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Apresiasi Media SDEC Ke-2 2025 di Hotel Roxy Impiana di sini, malam Khamis.

Tambah beliau, kemajuan projek ini kebiasaannya lebih positif dan meningkat ketika musim panas memandangkan keadaan cuaca yang lebih baik serta memudahkan kerja-kerja pembinaan.

“Sebaliknya, semasa musim hujan, pelbagai cabaran dihadapi terutamanya dari segi akses ke tapak pembinaan. Jalan yang dibanjiri air serta keadaan tanah yang becak menyukarkan pergerakan kenderaan membawa peralatan dan bahan binaan ke lokasi,” jelasnya.

Menurut Sudarnoto juga, pencapaian ini mencerminkan komitmen SDEC dalam membawa manfaat kepada rakyat Sarawak sejak ia ditubuhkan pada 2020.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau menjelaskan antara pencapaian membanggakan SDEC adalah pelancaran teknologi 6-way MOCN (Multi-Operator Core Network) pertama di dunia pada tahun lalu.

Teknologi ini katanya, membolehkan menara pintar di kawasan luar bandar menyokong pelbagai rangkaian mudah alih dengan hanya satu infrastruktur.

“Apabila anda berada di kawasan yang mempunyai menara pintar, bawa sahaja mana-mana kad SIM - ia tetap berfungsi, termasuk YTL. Tak perlu risau untuk membawa banyak kad SIM. Ini antara kejayaan yang telah kami realisasikan di kawasan pintar tersebut,” jelas beliau.



Sudarnoto berucap pada majlis tersebut. – Gambar Chimon Upon
Pada masa yang sama SDEC katanya, turut memperkukuhkan kerjasama dengan lebih ramai penyelidik dan kumpulan penyelidikan untuk menterjemahkan idea kepada penyelesaian dunia sebenar, khususnya kepada usahawan tempatan.

Ia merupakan antara usaha SDEC dalam mendigitalkan Sarawak, memperkasa infrastruktur digital, membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh keupayaan perniagaan untuk terus maju dalam era digital masa kini, katanya.

“Kami berusaha keras untuk mendigitalkan para usahawan melalui pelbagai program seperti Go Digital dan menerusinya, kami menyediakan peranti berkualiti tinggi - bukan peranti murah, tetapi peranti yang betul-betul baik - supaya mereka boleh mengoptimumkan penggunaan teknologi,” tambahnya.

Ujarnya, inisiatif ini turut dilengkapi dengan Program Pendigitalan PKS, sebagai sebahagian daripada komitmen SDEC dalam memacu transformasi digital di seluruh Sarawak.

Dalam pada itu, majlis tersebut menyaksikan lebih 100 pengamal media diraikan sebagai apresiasi atas peranan dan sumbangan mereka kepada SDEC.

Sudarnoto berkata, peranan media amat kritikal dalam memastikan maklumat mengenai inisiatif dan program SDEC dapat disampaikan dengan berkesan kepada khalayak.

“Bagi kami, media memainkan peranan utama sebagai jambatan komunikasi dengan masyarakat.

“Peranan media sangat besar kerana melalui liputan dan penyampaian yang berkesan, usaha SDEC bukan sahaja sampai kepada rakyat, malah (segala program) dapat dilaksanakan dengan lebih berimpak,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan SDEC Freddie Francis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.072224 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list