CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki tidak mengaku bersalah atas tuduhan cuba membunuh

[Copy link]
Post time 11-4-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh dengan menembak seorang individu lain menggunakan selaras senapang patah.

Danny Oyau, 48, dari Kampung Long Terawan, Tinjar, Baram, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didakwa cuba membunuh Epoi Kuling, 55, dengan melepaskan tembakan menggunakan selaras senapang patah hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan mengetahui akan perbuatannya itu boleh mengakibatkan kematian kepada lelaki terbabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6 petang, 25 Mac lalu di Kampung Sungai Melinau, Mulu, Marudi.

Di hadapan mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asymawi Ghazali memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan lanjut.

Hakim Azreena Aziz membenarkan permohonan itu dan menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh pengurusan kes dan perbicaraan lanjut ditetapkan pada 3 dan 4 Disember tahun ini.

Manakala tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan RM15,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Mahkamah turut melarang tertuduh daripada berjumpa dengan mangsa dan mengganggu saksi, selain perlu melapor diri di balai dua kali sebulan sehingga kes selesai.

Tertuduh diwakili peguambela Firdaus Morshidi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.075575 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list