CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 77|Reply: 0

[Sarawak] Ibu bapa usah ragu-ragu hantar anak ke YSISS di Kuching

[Copy link]
Post time 11-4-2025 09:00 AM | Show all posts |Read mode


Uggah (kanan) menyampaikan sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan (dari kiri) Les dan Richard.

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru ibu bapa agar tidak ragu-ragu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Kuching.

Menurut Uggah, beliau mendengar ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke institusi berprestij itu kerana jarak yang jauh.

“Ini amat mendukacitakan kerana masa depan adalah milik anak-anak mereka, yang seharusnya mendapat pendidikan yang baik serta penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Program Karnival Bahasa Inggeris di SK Nanga Gayau di Spaoh,  hari ini.

Enam sekolah rendah dalam kawasan DUN Bukit Saban telah menyertai program dua hari itu yang bertujuan memupuk minat serta kecemerlangan dalam bahasa Inggeris.

Mengenai cadangan penubuhan Sekolah Menengah Antarabangsa Betong di bawah Yayasan Sarawak, Uggah berkata kerajaan masih dalam proses mencari lokasi paling strategik untuk pembinaannya.

Beliau turut mengumumkan tender untuk pembinaan dewan baharu yang lebih besar dan lengkap bagi SK Nanga Gayau dijangka dibuka bulan depan dengan kos kira-kira RM900,000.

Selain itu, beliau berkata jalan akses baharu ke sekolah bernilai RM300,000 kini dalam pembinaan, manakala sejumlah RM2.7 juta telah diluluskan untuk pembinaan jambatan bertingkat ke sekolah tersebut merentasi Lebuh Raya Pan Borneo.

Dalam perkembangan lain, Uggah berkata Agensi Pembangunan Bahagian Betong telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi membantu pembangunan semua sekolah dalam kawasan DUN Bukit Saban.

Sementara itu Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu dalam ucapannya turut menyeru pelajar untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa Inggeris.

“Bahasa ini tidak seharusnya dianggap hanya sebagai satu mata pelajaran dalam jadual harian anda.

“Sayangilah bahasa ini, kembangkan serta amalkan penguasaannya.

“Ia adalah kunci untuk membuka banyak peluang kerana ia merupakan bahasa global,” katanya.

Pegawai Residen Betong Richard Micheal Abunawas, dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Dr Les Met turut hadir dalam majlis tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.080277 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list