CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Budaya kunjung-mengunjung medan terbaik perkukuh perpaduan

[Copy link]
Post time 7-4-2025 02:54 PM | Show all posts |Read mode


Len Talif bersalaman dengan isteri beliau tanda kemesraan sempena Rumah Terbuka Aidilfitri beliau dan keluarga di Demak Baru, Petra Jaya hari ini.

KUCHING: Budaya kunjung-mengunjung semasa rumah terbuka termasuk Hari Raya Aidilfitri adalah medan terbaik memperkukuhkan perpaduan di Sarawak.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh berkata, perpaduan sangat subur di Sarawak dan ia wajar dipertahankan.

"Kita tanpa mengira kaum dan agama sangat menjunjung konsep saling memahami dan bertoleransi atas semangat ukhuwah, justeru kita sangat mengalu-alukan budaya berziarah pada musim perayaan seperti yang kita lihat hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau dan keluarga di Demak Baru, Petrajaya di sini hari ini.

Katanya, rakyat sangat bertuah kerana kerajaan Sarawak sangat menitikberatkan keharmonian dan perpaduan dan menolak elemen ektremis kerana ia boleh meruntuhkan perpaduan yang tercipta sejak sekian lama.

Dalam pada itu, antara yang mengunjungi rumah terbuka Len Talif ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman serta tetamu kehormat lain daripada pelbagai jabatan.

Tetamu yang hadir dihidang pelbagai juadah moden dan tradisi antaranya rendang, sate, laksa Sarawak, nasi minyak, kari, ais kacang, lemang dan sebagainya.

Rumah terbuka turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi tempatan yang mendendang lagu-lagu raya bagi membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri kali ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056858 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list