CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Pulau Pinang] Buruh Rohingya didakwa sumbang mahram, amang seksual anak kandung

[Copy link]
Post time 26-3-2025 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Buruh Rohingya didakwa sumbang mahram, amang seksual anak kandung

Nur Izzati Mohamadam@hmetro.com.my





LELAKI etnik Rohignya diiringi polis atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram serta amang seksual terhadap anak perempuannya. FOTO Danial Saad.




Butterworth: Buruh etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya.

Tertuduh berusia 37 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki yang memiliki kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun di kediamannya di Pengkalan Machang, Sungai Dua di sini, pada 8 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada 12 Mac lalu di lokasi sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam Rafael Abdullah.

Ketika prosiding, Wan Amira membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh atas faktor hubungan lelaki itu dengan mangsa, malah kesalahan berkenaan serius kerana membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Pada masa sama, tertuduh juga bukan warganegara, selain mangsa yang juga anak kandungnya tinggal serumah dengan tertuduh.

Bagaimanapun, Rafael dalam rayuannya memohon supaya jaminan diberikan terhadap anak guamnya dan mereka akan patuh apa jua syarat tambahan diberikan mahkamah.

Menurutnya, anak guamnya akan tinggal bersama kakak saudaranya dan berjanji tidak akan mengganggu mangsa serta isterinya sepanjang tempoh perbicaraan kes.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM22,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta dua penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh turut diperintahkan mengikuti syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 9 Mei depan bagi serahan laporan perubatan mangsa.



Disiarkan pada: Mac 26, 2025 @ 11:51am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1201190/buruh-rohingya-didakwa-sumbang-mahram-amang-seksual-anak-kandung




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062719 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list