CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

[Kedah] Gabungan agensi kawal perairan negara amaran kepada pelaku jenayah

[Copy link]
Post time 25-3-2025 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Gabungan agensi kawal perairan negara amaran kepada pelaku jenayah

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 25, 2025 @ 3:24pm hifzuddin@bh.com.my





Saifuddin Nasution beramah mesra dengan pemain Kedah FC pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Aidilfitri Kepada Pemain KEDAH FC di Alor Setar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir



ALOR SETAR: Pembabitan agensi lain dalam operasi berisiko tinggi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas ini adalah amaran kepada pelaku jenayah bahawa mereka tidak akan terlepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pembabitan atau kerjasama antara agensi keselamatan dalam memastikan kedaulatan kawasan sempadan sudah dilakukan sejak sekian lama di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, terdapat ruang tertentu dalam prosedur operasi standard (SOP) yang sedang dilaksana yang boleh diperkemas bagi memastikan kerjasama dalam operasi berjalan lancar dan mencapai matlamat dikehendaki.

"Kita memang ada beberapa model bagaimana kerjasama antara agensi dapat disekalikan kerana setiap satu operasi untuk mengawal kawasan samudera negara adalah membabitkan kawasan 590,000 kilometer persegi dari pesisir pantai hingga ke zon ekonomi eksklusif.

"Misalnya ketika ancaman berlaku di Pantai Timur Sabah, kita wujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetuainya, tapi ada gabungan lain seperti komponen ketenteraan dan Maritim Malaysia.

"Jadi ada pelbagai komponen agensi penguat kuasa terbabit pada masa sama bagi menjalankan satu operasi atas nama menjaga keselamatan sempadan dan perbatasan negara," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Serahan Sumbangan Tabung Aidilfitri Bagi Membantu Pemain Bola Sepak Negeri Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan, Maritim Malaysia ketika ini juga sedang melaksanakan Ops Pagar Laut yang turut membabitkan kerjasama agensi keselamatan lain bagi meningkatkan pengawasan menjelang dan selepas musim perayaan ini.

Katanya, dalam Ops Pagar Laut yang sudah dilaksana sejak beberapa tahun lalu, Maritim Malaysia dan agensi terbabit berjaya mematahkan banyak kegiatan jenayah di laut seperti kes penyeludupan dadah dan migran.

"Berdasarkan kepada statistik lepas, sesetengah pihak yang melakukan jenayah ini berpendapat bahawa dalam tempoh perayaan ini kita akan memperlahankan rondaan dan pengawalan sehingga membuka ruang tingkap mereka melakukan jenayah.

"Tetapi mereka salah kerana dalam Ops Pagar Laut kita berjaya mengesan pelbagai elemen jenayah lain yang memberi isyarat bahawa mereka tak boleh lepas hasil penggabungan kekuatan pelbagai agensi dalam satu model kerjasama.

"Cuma ada masanya di sini sana kita perlu perkemaskan dari segi SOP, kerana itu ketika Maritim Malaysia terus dengan tugas hakikinya, maka gandingan beberapa agensi penguatkuasa juga adalah suatu yang boleh kita fikirkan lebih lanjut," katanya.

Laporan eksklusif BH hari ini melaporkan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Rosli Abdullah memaklumkan, operasi berisiko tinggi dilaksana agensi itu terutamanya pada waktu malam atau awal pagi selepas ini, tidak akan lagi dilakukan secara sendirian jika boleh mengancam keselamatan dan nyawa pegawainya.

Perubahan dalam SOP itu akan membabitkan bantuan agensi lain selepas mengambil kira beberapa asas termasuk tindakan agresif penjenayah, terutama bagi kes rompakan bersenjata serta penyeludupan senjata api dan dadah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1376775/gabungan-agensi-kawal-perairan-negara-amaran-kepada-pelaku-jenayah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050768 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list