CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dendam punca pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar dibunuh - Polis

[Copy link]
Post time 24-3-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Dendam punca pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar dibunuh - Polis

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 24, 2025 @ 3:18pm




Hamzah (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mikail Ong



GEORGETOWN: Kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor pada 7 Mac lalu dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata kejadian berpunca daripada perselisihan lama antara mangsa dan keluarganya di negeri ini serta negara asal mereka.

"Setakat ini, polis menahan lapan individu terdiri daripada warga asing dan tempatan berusia 30-an dan 40-an bagi membantu siasatan.

"Motif pembunuhan ini adalah dendam antara kedua-dua pihak dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek utama kes berkenaan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya di sini.

Kejadian jam 3.20 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak.

Mangsa yang juga pengurus restoran nasi kandar itu didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum tiba-tiba bertindak menyerangnya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1376310/dendam-punca-pengurus-restoran-nasi-kandar-warga-myanmar-dibunuh-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051166 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list