CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 93|Reply: 0

[Sabah] 14 projek Sabah untuk Rancangan Malaysia Ke-13

[Copy link]
Post time 22-3-2025 05:56 PM | Show all posts |Read mode

Tuaran: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) telah menyerahkan sebanyak 14 permohonan projek – termasuk 10 projek baharu bernilai RM702 juta – di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula awal tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap permohonan Sedia akan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.

Mempengerusikan mesyuarat Sedia di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama di Kampung Lok Batik di sini, Jumaat, Hajiji memuji Sedia kerana mengekalkan rekod sijil tanpa teguran dari segi pengurusan kewangan daripada Ketua Audit Negara selama 15 tahun berturut-turut.

“Saya juga mahu agar pemantauan pelaksanaan semua projek di bawah kawalan Sedia hendaklah dilakukan dengan kerap dan bersungguh-sungguh agar masalah-masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Hajiji, yang juga Pengerusi Sedia, berkata dalam tempoh dua tahun ini pihak berkuasa itu telah berjaya menjalankan penyelidikan dan persidangan mengenai sektor-sektor yang berpotensi untuk membangunkan aktiviti ekonomi Sabah.
“Sedia, dengan pembiayaan daripada Kementerian Ekonomi, telah menyiapkan Kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah, yang menyediakan satu pelan strategik komprehesif untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan di kawasan sempadan di Sipitang, Nabawan, Kalabakan dan Tawau.
“Kawasan-kawasan ini terletak secara strategik berhampiran Kalimantan Utara, Brunei dan Sarawak. Sembilan sektor ekonomi berpotensi tinggi telah dikenal pasti,” katanya.
Beliau berkata, sektor-sektor ekonomi itu termasuk pelancongan berasaskan komuniti, perikanan dan akuakultur, industri hiliran minyak sawit, biokimia, biofuel dan perdagangan rentas sempadan yang dijangkakan dapat meningkatkan Nilai Tambah Kasar kepada sumber sedia ada sebanyak 330 peratus kepada RM1.6 bilion dan membuka 10,660 peluang pekerjaan menjelang 2040.
Selain itu, satu kajian kebolehlaksanaan mengenai penternakan kerang berdarah yang dijalankan antara Sedia dan Jabatan Perikanan Malaysia dan Sabah telah mengenal pasti beberapa lokasi di Tawau, Semporna, Tuaran, Kudat, Beluran dan Teluk Padas Beaufort.
“Projek Kerang Berdarah, yang merupakan pertama di Sabah, mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu lebih daripada 3,000 orang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerjasama yang dijalin antara Sedia dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) telah dapat menilai dan membimbing 10 kajian tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Hajiji berkata Sabah juga dipilih sebagai medan ujian pengunaan dron pengangkutan penumpang dan kargo yang bakal dilakukan oleh Sedia bersama Futurise Berhad, sebuah syarikat Kementerian Kewangan Malaysia, di lokasi sesuai yang sedang dikenal pasti.

Hajiji berkata Sedia telah melaksanakan lebih daripada 1,275 projek sejak 2009 melalui RMK9 hingga RMK12.
Ketua Menteri berkata dalam tempoh itu, Sedia telah diperuntukkan sejumlah RM3.8 bilion dengan RM3.1 bilion disalurkan dan lebih kurang 90 peratus atau RM2.8 bilion dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek berimpak tinggi, people-centric, program pembasmian kemiskinan dan pembangunan modal insan.

“Melihat kepada inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan itu, saya mahu agar Sedia dan agensi Kerajaan Negeri untuk sentiasa mencari rakan strategik supaya dapat meneroka bidang-bidang baharu yang berpotensi menjana pendapatan dan peluang pekerjaan,” katanya.

Bercakap pada majlis Iftar bersama pengerusi masjid dan surau, Imam, Ketua-Ketua Anak Negeri, wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung selepas mesyuarat Sedia, Hajiji bersyukur begitu banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya sejak 2020.

“Ini membuktikan bahawa lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan jika kita terus komited dan fokus dalam mengurus negeri ini. Semua ini juga dapat dilakukan dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, terutamanya pemimpin akar umbi selain ditambah dengan kestabilan politik.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin di peringkat akar umbi atas komitmen mereka dan peranan penting yang telah mereka mainkan selama ini,” katanya.

Sempena majlis itu, Sedia menyampaikan sumbangan Kasih Ramadan kepada semua pengerusi masjid dan surau, Imam, Ketua-Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua-Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung sebagai penghargaan untuk sumbangan mereka kepada masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Pengerusi Sedia, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.


Sumber: Harian Ekspres

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045500 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list