Edited by Vellfire at 22-3-2025 09:27 AM

Kesan kebakaran pintu gereja di Taman Tunku akibat perbuatan khianat
MIRI: Polis Miri menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berhubung kes bakar pintu gereja yang berlaku di St Dominic and The Rosary Church Taman Tunku.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan polis menerima laporan tersebut pada 19 Mac.
Alexson memberitahu, tindakan pantas polis telah berjaya menahan suspek di kawasan Taman Tunku dan merampas pakaian serta alatan yang disyaki digunakan untuk membakar.
“Hasil pemeriksaan awal ujian saringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine,” jelas Alexson dalam kenyataan akhbarnya pada hari ini.
Beliau memberitahu, suspek telah direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Miri sehingga 24 Mac 2025 atas kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Beliau menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dengan tampil ke Balai Polis yang berdekatan atau meghubungi di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan dengan kejadian ini.
|