Edited by Vellfire at 21-3-2025 11:29 PM

MIRI: Seorang Pengarah syarikat mengalami kerugian sebanyak RM78,823 setelah menjadi mangsa penipuan kes berkaitan tawaran kerja.
Kes tersebut dilaporkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Miri pada 18 Mac.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan perkara itu dalam kenyataan medianya pada Khamis.
Alexson berkata, mangsa, wanita warga tempatan berumur 40-an, menerima tawaran pekerjaan dalam talian melalui Whatsapp dan berminat untuk menyertai tawaran tersebut.
Mangsa dijanjikan pulangan komisen sebanyak 10 hingga 20 peratus daripada setiap tugasan yang diberikan.
Mangsa telah melaksanakan tugas untuk membuat tempahan bilik hotel dan melakukan beberapa transaksi pindahan wang, namun tidak menerima komisen seperti yang dijanjikan.
Pengadu telah mengalami kerugian sebanyak RM78,823.
Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat juga denda jika sabit kesalahan.
"Sentiasa berwaspada dengan tawaran 'too good to be true' dalam talian yang menawarkan tugas yang mudah, menarik dan lumayan," jelasnya.
Beliau meminta penduduk untuk menyemak nama, nombor pendaftaran syarikat sebelum bersetuju dengan tawaran bekerja serta jangan buat sebarang bayaran kepada pihak yang tidak dikenali.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mudah cemas dan jangan layan panggilan dari orang yang tidak dikenali. Orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber (tipu tawaran pekerjaan, pinjaman tidak wujud, love scam, e-dagang, phone scam dan sebagainya) sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-wallet suspek.
|