CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 104|Reply: 0

[Sarawak] Banjir: Tujuh individu dipindah ke lokasi selamat setelah terkandas di Jalan Stabau

[Copy link]
Post time 21-3-2025 09:45 AM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba dari BBP Sibu Jaya menggunakan bot penyelamat untuk membawa keluar mangsa yang terkandas akibat banjir di Jalan Stabau. - Gambar JBPM Sarawak
SIBU: Tujuh individu, termasuk tiga murid Sekolah Menengah Citizen, berjaya dipindahkan ke lokasi selamat selepas terkandas akibat banjir di Jalan Stabau, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengah hari sebelum menghantar pasukan penyelamat ke lokasi sejauh 16 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati air banjir di kawasan itu telah naik setinggi tiga hingga empat kaki, menyebabkan kenderaan kecil tidak dapat melalui jalan utama dari Durin ke Stabau.

“Tiga murid sekolah serta beberapa orang awam yang terperangkap tidak dapat keluar dari kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mangsa yang diselamatkan memberikan isyarat bagus sebagai tanda terima kasih kepada pasukan bomba yang membantu mereka keluar dari kawasan banjir dengan selamat. - Gambar JBPM Sarawak

Bomba menggunakan bot penyelamat untuk membawa keluar mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dan tiga murid sekolah.

Operasi berakhir pada jam 2.18 petang setelah semua mangsa disahkan selamat dan keadaan terkawal.

Seramai tujuh anggota bersama satu jentera LFRT serta sebuah kenderaan pacuan empat roda dikerahkan dalam operasi tersebut.


Pasukan bomba memastikan semua mangsa memakai jaket keselamatan sebelum memindahkan mereka ke kawasan selamat menggunakan bot penyelamat. - Gambar JBPM Sarawak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list