CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16906|Reply: 0

WHO hanya mempunyai 'maklumat terhad' mengenai penyebaran selesema burung di AS

[Copy link]
Post time 14-2-2025 07:48 AM | Show all posts |Read mode


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran mereka hanya mempunyai maklumat terhad mengenai penyebaran wabak selesema burung di Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berulang kali menegaskan bahawa badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu kesal dengan keputusan AS dan berharap Washington dapat mempertimbangkan semula keputusan itu.

Ia susulan tindakan Presiden AS, Donald Trump, yang menandatangani arahan eksekutif bagi negara itu menarik diri daripada menganggotai WHO selepas mengkritik pengendalian pandemik COVID-19.

"Pengunduran mereka (AS) daripada WHO, kami bimbang ia memberi kesan serius terhadap kesihatan global," katanya.

Antara kebimbangan itu, Ghebreyesus berkata WHO kini bergantung kepada maklumat terhad mengenai penyebaran selesema burung membabitkan lembu tenusu di AS atau kes terkait manusia.

Beberapa hari selepas Trump masuk ke Rumah Putih, WHO berkata Washington terus berhenti berkomunikasi mengenai wabak influenza daripada Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC).

Komunikasi yang terputus ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan wabak selesema burung H5N1 di AS, yang memberi kesan besar kepada industri ayam dan merebak menjangkiti lembu tenusu.

Situasi itu dibimbangi boleh merebak luas bertukar pandemik manusia.

Keadaan diburukkan lagi susulan tindakan Trump untuk mengurangkan perbelanjaan terhadap WHO, sambil pakar memberi amaran bahawa pengurangan kakitangan dan program boleh menjejaskan pemantauan kesihatan awam.

Pengarah Kesiapsiagaan, Pencegahan Wabak dan Pandemik WHO, Maria Van Kerkhove, berkata organisasi itu yakin AS mempunyai keupayaan pengesanan untuk mengenalpasti influenza zoonotik dalam haiwan termasuk manusia yang bekerja dengan haiwan dijangkiti.

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap kekurangan komunikasi daripada pihak berkuasa AS. "Sebelum beberapa minggu lalu, kami berdialog aktif dengan rakan sekerja kami di pelbagai agensi AS, serta pertukaran maklumat teknikal yang kerap.

"Tetapi sejak 24 Januari lalu, kami tidak mempunyai komunikasi langsung dengan CDC berkaitan wabak infleunza.

Kami ada berkomunikasi dengan mereka tetapi kami tidak mendapat maklumbalas," katanya. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056105 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list