CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19237|Reply: 0

Nenek jadi pelukis jalanan bayar yuran sekolah cucu

[Copy link]
Post time 13-2-2025 07:21 AM | Show all posts |Read mode


BANGKOK - Seorang nenek di Thailand telah menjentik hati orang ramai apabila terpaksa melukis di kaki lima demi membayar yuran persekolahan cucunya.

Menurut video yang disiarkan di Channel 3 Morning News pada 10 Februari lalu, wanita warga emas itu ditemui di kaki lima berhampiran pusat membeli-belah Central World di pusat bandar raya Bangkok.

Di situ, dia dilihat sedang melukis atas keratan papan sambil duduk atas kaki lima serta dikelilingi timbunan lukisan yang berjaya disiapkannya.

Terdapat papan tanda yang menerangkan keadaan nenek itu.

Dengan hanya melukis di jalanan, dia berharap dapat membayar yuran persekolahan dua cucunya.

Keterangan itu menambah, dia turut menjaga orang kurang upaya (OKU) di rumahnya.

Wanita itu berkata, dia tidak mahu mengemis semata-mata, tetapi menyediakan sesuatu yang bernilai sebagai pertukaran wang yang diterima oleh pelanggan yang berminat membeli lukisannya.

Walaupun begitu, ramai orang yang lalu lalang dilihat tersentuh hati dengan nenek itu sambil menghulurkan wang walaupun tanpa membeli lukisannya. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.072145 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list