CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4897|Reply: 0

Pekerja sertai peraduan bonus RM24 juta

[Copy link]
Post time 28-1-2025 10:00 AM | Show all posts |Read mode

SEJUMLAH pekerja mengira wang bonus yang dilonggokkan di atas sebuah meja. - Foto Douyin


BEIJING – Bonus berjumlah hampir 40 juta yuan (RM24 juta) akan diberikan kepada para pekerja syarikat Henan Mine Crane Co. Ltd di China melalui pertandingan mengira wang secara besar-besaran, lapor portal berita MSNews hari ini.

Satu rakaman video di platform Douyin menunjukkan deretan meja memiliki panjang antara  60 hingga 70 meter dipenuhi dengan wang tunai dengan peserta diberi masa terhad untuk mengira seberapa banyak wang yang boleh.


Peraturannya mudah iaitu setiap pasukan terdiri daripada 30 pekerja akan memilih dua peserta untuk bertanding dalam peraduan tersebut.

Mereka diberi masa 15 minit untuk mengira wang sebanyak mungkin dengan jumlah yang dikira dikongsi sama rata dalam kalangan ahli pasukan.

Pada akhir pertandingan, seorang pekerja berjaya mengira 100,000 yuan (RM60,000) dalam masa yang ditetapkan itu.

Laman berita Jiemian News melaporkan bahawa Henan Mine mengadakan peraduan sedemikian sejak lima tahun lalu sehingga mendapat jolokan syarikat yang suka memberi wang tunai kepada pekerja oleh netizen. – AGENSI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.079712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list