CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4686|Reply: 0

Trump kenakan tarif, sekatan terhadap Colombia

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:06 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan tindakan balas besar-besaran terhadap Colombia, termasuk tarif dan sekatan, selepas negara Amerika Selatan itu menolak dua pesawat tentera AS yang membawa migran untuk dihantar pulang.

Colombia, rakan dagang ketiga terbesar AS di Amerika Latin, bertindak balas pantas dengan mengancam mengenakan tarif 50 peratus ke atas barangan AS susulan usaha pentadbiran baharu negara itu bagi menangani isu imigresen secara tegas..

Presiden Colombia, Gustavo Petro, mendakwa beliau sudah mengarahkan menterinya untuk menaikkan tarif ke atas import dari AS sebanyak 25 peratus.

Colombia menjadi negara kedua di Amerika Latin yang menolak penerbangan pengusiran menggunakan pesawat tentera AS.

Tindakan keras Trump menunjukkan pendekatan dasar luar AS yang lebih tegas dan kesediaannya memaksa negara lain tunduk kepada kehendaknya.

Trump mendakwa penolakan Colombia terhadap penerbangan berkenaan akan membahayakan keselamatan di AS.

Langkah balas itu termasuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas semua barangan Colombia yang memasuki AS, sekali gus meningkatkannya kepada 50 peratus dalam tempoh seminggu.

Ia turut membabitkan larangan perjalanan dan pembatalan visa terhadap pegawai kerajaan Colombia serta sekatan kecemasan terhadap perbendaharaan, perbankan dan kewangan.

Trump dikatakan turut mengarahkan pemeriksaan sempadan yang lebih ketat terhadap warganegara dan kargo dari Colombia.

"Tindakan ini hanyalah permulaan. Kami tidak akan membenarkan kerajaan Colombia melanggar tanggungjawab undang-undang mereka berkaitan penerimaan dan penghantaran semula 'penjenayah' yang mereka hantar ke AS," katanya.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS tidak akan ditipu atau diambil kesempatan lagi sambil menegaskan Presiden Colombia sudah memberikan kebenaran untuk penerbangan itu tetapi kemudian membatalkannya ketika pesawat sedang dalam penerbangan.

Trump mengisytiharkan imigresen haram sebagai kecemasan nasional dan melancarkan tindakan tegas sejak memegang jawatan minggu lalu.

Beliau mengarahkan tentera AS membantu menjaga keselamatan sempadan, mengeluarkan larangan menyeluruh ke atas pencari suaka dan mengambil langkah untuk mengehadkan kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang lahir di AS.

Dalam pada itu, Petro mengecam amalan itu dan menyifatkan ia memperlakukan migran seperti penjenayah.

Dalam hantaran di paltform X, Petro berkata Colombia akan menerima kepulangan migran yang dihantar kembali menggunakan pesawat awam.

"AS tidak boleh memperlakukan migran Colombia seperti penjenayah," katanya.

Petro juga menyatakan bahawa walaupun terdapat 15,660 rakyat AS tanpa status imigresen  yang sah di Colombia, beliau tidak akan melancarkan serbuan untuk menghantar pulang warga AS dalam keadaan bergari ke negara mereka.

Sebelum ini, Mexico turut menolak permintaan AS pada minggu lalu untuk membenarkan sebuah pesawat tentera yang membawa migran yang berasal dari negara itu, daripada mendarat.

Bagaimanapun, Trump tidak mengambil tindakan sama terhadap Mexico, tetapi menyatakan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengenakan duti 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico pada 1 Februari.

Jelas beliau, tindakan itu bertujuan untuk memaksa tindakan jangka panjang lebih tegas terhadap migran haram dan aliran fentanyl ke AS. - REUTERS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045279 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list