CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33975|Reply: 0

600 sukarelawan kutip sampah di pantai Bali, disifatkan gelombang sisa plastik 'paling teruk'

[Copy link]
Post time 5-1-2025 09:07 PM | Show all posts |Read mode

Sukarelawan mengutip sampah dan sisa plastik di pantai Kedonganan, Bali, semalam. - FOTO AFP

BALI: Ratusan sukarelawan melaksanakan kerja pembersihan di Bali, Indonesia, semalam, ketika hujan monsun membawa apa yang digambarkan seorang aktivis sebagai gelombang sisa plastik 'paling teruk' melanda pantai tumpuan pelancong itu.

Negara Asia Tenggara ini dilaporkan sebagai antara penyumbang terbesar pencemaran plastik dan serpihan marin di dunia, dengan hujan monsun tahunan serta angin membawa timbunan sisa plastik dari bandar dan sungainya ke lautan.

Sebahagian daripada sisa itu hanyut ratusan kilometer sebelum terdampar di pantai Bali, terutama antara November dan Mac.

Di pantai Kedonganan di selatan pulau ini, cawan plastik, penyedut minuman, kutleri dan uncang kopi kosong bertaburan di atas pasir, bercampur dengan serpihan tumbuhan serta kayu.

Kira-kira 600 sukarelawan, termasuk penduduk tempatan, pekerja hospitaliti dan pelancong, sanggup berhujan pada waktu pagi untuk mengutip dan mengumpulkan sampah itu dalam ratusan guni besar.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, Sungai Watch, menyifatkan ia sebagai pencemaran sisa plastik terburuk yang dibawa ke darat di Bali.

"Kami tidak pernah melihat plastik setebal satu meter dalam pasir. Hanya dalam tempoh enam hari pembersihan, kami mengumpul 25 tan yang menjadi rekod untuk kami," kata pengasas Sungai Watch, Gary Bencheghib.

Bencheghib berkata, audit mendapati kebanyakan sisa plastik datang dari bandar di Jawa - pulau berpenduduk paling padat di Indonesia.

Seorang sukarelawan yang juga pelancong dari Russia, Tatiana Komelova, berkata pencemaran itu mengejutkannya dan mendorong beliau untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian beliau.

"Saya tahu masalah itu wujud tetapi saya tidak tahu ia seteruk ini. Saya banyak menggunakan produk plastik dalam hidup saya dan kini saya cuba mengurangkannya sebanyak mungkin," katanya.

Januari 5, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040242 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list