View: 916|Reply: 9
|
[Jenayah]
Boleh Mengganggu Siasatan, Kena Tegur Dengan Polis Tak Boleh Bagi Kenyataan!
[Copy link]
|
|
IPOH, 11 Jun (Bernama) -- Polis menasihatkan pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun lepas supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata tindakan pemandu berusia 39 tahun yang kini sedang dirawat di Hospital Taiping itu boleh mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.
“Tindakan yang dilakukan oleh pemandu berkenaan boleh menimbulkan pelbagai spekulasi lain kepada masyarakat dan siasatan yang dijalankan ini juga mengambil kira pelbagai aspek.
“Walaupun negara ini membenarkan kebebasan bersuara, namun saya minta dia bersabar sehingga tiba gilirannya untuk memberikan keterangan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Pada Isnin lepas, 15 penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) maut apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.
Noor Hisam berkata pihak polis buat masa ini akan mengambil keterangan daripada pemandu berkenaan selepas lelaki itu selesai menjalani rawatan di hospital.
“Perkara (rawatan) ini kita serahkan kepada pihak hospital, pegawai kita juga sentiasa memantau perkembangan pemandu berkenaan dari semasa ke semasa sebelum sebarang tindakan susulan diambil,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini 18 saksi telah diambil keterangan iaitu melibatkan beberapa pihak termasuk pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan itu.
“Kita juga menjalankan siasatan terperinci melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Kimia Malaysia Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan sebagainya untuk memastikan punca sebenar kemalangan berlaku,” katanya.
Menyentuh mengenai video daripada kamera papan pemuka yang merakam kejadian itu, beliau berkata bukti berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk dianalisis. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suh doktor karan otak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Polis takde kawal katil dia ke?silap2 dia lari sempadan tukar jantina ke apa..kang susah..bukan ke dia suspek utama penyebab kematian ramai penumpang |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak suruh dia senyap, kiri kanan depan belakang orang mengata. Fakta atau auta belakang kira.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah menceceh merata kat wsap tu pegi jelah jumpa dia ambik statement.. Budak2 dalam bas sampai terbaring, berbalut pun kena interview.. Patut dia org pertama polis jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah kang tahu2 tukar org lain jadi kambing hitam
|
|
|
|
|
|
|
|
Drebar tu x kena gari ka mcm kes lori hempap kereta amoi kt trafik light tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ok la dia 'banyak bercakap'...boleh dpt info...mana la tau...'terlepas ckp' ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pesan jugak kat wartawan jangan interview mangsa kejadian. Dah la masih trauma, takde sensitiviti langsung interview mangsa tengah grieving. Yang layak interview mangsa untuk tau cerita ialah pihak polis yang menyiasat, bukan wartawan |
|
|
|
|
|
|
| |
|