CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2787|Reply: 50

[Jenayah] Petronas Nak Kurangkan 10% Daripada Jumlah Keseluruhan, Lebih 5,000 Pekerja Akan Diberhentikan!

[Copy link]
Post time 9-6-2025 09:39 AM | Show all posts |Read mode


PETRONAS akan memberhentikan kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerjanya, melibatkan lebih 5,000 pekerja

Keputusan ini turut melibatkan tiada pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026.

Syarikat minyak dan gas nasional yang mempunyai hampir 50,000 orang pekerja bakal melaksanakan langkah tersebut untuk "mengimbangi semula" operasinya di mana proses ini telah dirancang sejak Februari lalu.

Langkah dilaksanakan untuk penstrukturan semula secara menyeluruh bagi menghadapi penurunan keuntungan yang berterusan serta ketidaktentuan pasaran

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengumumkan keputusan itu dalam satu sidang media pada Khamis, 5 Jun, menjelaskan bahawa pemotongan tersebut akan melibatkan pekerja di semua peringkat, termasuk pihak pengurusan.

Beliau menambah bahawa para pekerja yang terlibat akan dimaklumkan menjelang akhir tahun ini.



PETRONAS akan membekukan semua kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026

Langkah ini diambil susulan penurunan keuntungan sebanyak 32% pada tahun lalu, selepas mengalami penurunan sebanyak 21% pada tahun 2023.

Tengku Muhammad Taufik berkata, prospek perniagaan kekal mencabar, terutamanya apabila harga minyak mentah Brent terus merosot, sekali gus menjejaskan pendapatan syarikat.

Keadaan kejatuhan harga minyak, ditambah pula dengan pengeluaran yang semakin berkurang daripada aset-aset lama, akan menjadi cabaran kepada kerajaan, yang memperoleh kira-kira 10% daripada hasil negara melalui PETRONAS pada tahun 2024.

Sementara itu, mengulas mengenai spekulasi yang beredar, beliau turut menafikan laporan bahawa PETRONAS merancang untuk keluar daripada operasinya di Kanada.

"Kami tidak akan keluar dari Kanada," tegas Tengku Muhammad Taufik.

"Kami sentiasa menerima pelbagai cadangan dan tawaran. Itu adalah sebahagian daripada kelaziman urus niaga, dan [Kanada] merupakan kawasan yang kaya dengan sumber," jelas beliau, sambil menambah bahawa Kanada adalah penting dalam usaha PETRONAS untuk mengekalkan kedudukannya dalam sektor gas asli cecair (LNG).

Kebanyakan daripada pekerja yang bakal diberhentikan berstatus kontrak - Perdana Menteri

Menerusi laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kebanyakan daripada 5,000 kakitangan PETRONAS yang akan diberhentikan adalah berstatus kontrak.

"Kebanyakannya kontrak," katanya ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, di sini, hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2025 09:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2025 09:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2025 09:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 10:24 AM | Show all posts
Kenapa?

Ekonomi memang sedang tak baguskah? Dah ada tanda-tanda kemelestan ekonomikah?

Tak ada ribut tak ada apa tiba-tiba buang pekerja; tak ada tanda2 nak bangkrap ker apa...sebab tak ada pun pengumuman dari mana-mana atau dari kerajaan kita sedang dalam kemelesatan ekonomi. Something wong ni...

... kalau bukan sebab kemelesatan ekonomi, ni sebab perubahan dasar, tapi kenapa... atau telah berlaku kesilapan manage..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 11:15 AM | Show all posts
5,000 pekerja, ramai ye.. Yg gaji besar, ada simpanan tu okay lah.. Tu pun nak kena bayar komitmen bulanan lagi, struggle nak hidup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2025 11:36 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-6-2025 11:15 AM
5,000 pekerja, ramai ye.. Yg gaji besar, ada simpanan tu okay lah.. Tu pun nak kena bayar komitmen b ...

org yg dah nak pencen , umur 50+ saja yg seronok dapat VSS

tu kalau loan semua dah settle, anak dah besar
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 11:51 AM | Show all posts
katanya senang2 jer orang2 O&G ni nak dapat kerja kat company lain
so, adalah tu rezeki kerja depa tu nanti
kalau tidak, enjoy jer lah ganjaran dan KWSP depa yg juta2 tu ...
boleh buka stesen minyak petronas ke ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2025 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Uihhh ramainya yg bakalan diberhentikan
Adapun makin ramai le yg akan berniaga makanan kelak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 12:42 PM | Show all posts
bertabahlah.. ramai kontrak yg kena buang keje tahun ni.. rata2 dari glc
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 12:46 PM | Show all posts
acik2 tak perlu kot susah hati
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenalan iols org besar P. Dah start kasi surat katanya. Yg dpt happy sbb pampasan besar dan dah ada kerja lain menunggu. Harap2 beliau tak kencin iols.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 01:30 PM | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 9-6-2025 04:56 AM
Kenalan iols org besar P. Dah start kasi surat katanya. Yg dpt happy sbb pampasan besar dan dah ada  ...

kalau ada cable nak cari tempat keje lain tu , iols percaya senang dpt.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 01:33 PM | Show all posts
Kiranya ramai jugak ye staff petronas nie. 50k staff.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 01:38 PM | Show all posts
"PETRONAS akan memberhentikan kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerjanya, melibatkan lebih 5,000 pekerja."

5,000 warga bakal ditamatkan kontrak soon. 1 january 2026 yang suram untuk warga yang terkesan.
Domino effect -semoga kerajaan halau semua pati lahanat dengan kadar sesegera mungkin. Sebok nak niaga di sini yang mana of course lah tiada keperluan pun.

Sementara itu Pakistan sekarang sedang menghalau pelarian Arghanistan dengan aggressive sekali sejak awal tahun. Yang lahir di Pakistan pun kena halau balik. By now dah almost clear. Masalah pun kurang boleh fokus pada warga sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makiting at 9-6-2025 01:52 PM

https://www.facebook.com/share/p/1AQfSFB1rq/


Blh baca penerangan kat fb ni

Nak paste ayatnya jadi celaru pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-6-2025 12:46 PM
acik2 tak perlu kot susah hati

Ramai acik-acik yang duk salahkan madani. Seakan kerja dengan petronas ni macam kerja gomen.Padahal semua industri O&G duk buat retrenchment. Harga minyak dunia dikawal oleh kartel minyak. Mereka ada agenda mereka kenapa set harga pada paras tu. Tok arab tu boleh aje naikkan harga minyak dengan limitkan production tapi sebaliknya mereka increase ouput. Benda ni makcam taktik untuk membunuh small player dan bila competition mereka naikkan balik harga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 02:41 PM | Show all posts
ultra78 replied at 9-6-2025 02:20 PM
Ramai acik-acik yang duk salahkan madani. Seakan kerja dengan petronas ni macam kerja gomen.Padaha ...

Sebab pemikiran dah dibentuk politicians can do magic. Kebergantungan harap terhadap politik dikalangan ummah sangat tinggi.



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 04:10 PM | Show all posts
makiting replied at 9-6-2025 05:50 AM
https://www.facebook.com/share/p/1AQfSFB1rq/

setuju dgn statement dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AkokKocik at 9-6-2025 09:03 PM

Adik biras aku kerja o&g, gaji rm16k sebulan, xcampur bonus2.

Dulu bapak aku kerja cikgu kat kuching, dia crita masa atuk purba jd pm, atuk purba mbik duit royalti yg dibayar oleh Petronas utk swak htr k kedah sbb kedah miskin katanya, berjuta2... bila org swak tuntut, org swak dikutuk mcm2....

Skrg ni kedah ttap miskin, byk projek2 yg dirancang atuk purba xmenjadi, terbengkalai sampai skrg...manakala skrg byk projek2 kat swak berjaya dibangunkan...bapak aku cakap ketulahan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.090494 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list