View: 2481|Reply: 35
|
Eda Ezrin Merintih Bila Akan Dibebaskan, Semakin Kurus – Bapa
[Copy link]
|
|
Bapa kepada penyanyi dikir barat Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf berkata anaknya sering bertanyakan kepada mereka bilakah dia akan dibebaskan selepas lebih tujuh bulan di Penjara Wilayah Narathiwat.
Memetik Harian Metro, Wan Ismail berkata dia sudah menjangkakan penahanan anaknya itu akan dilanjutkan dan Eda sering merintih bilakah dia akan dibebaskan serta badannya juga kini semakin susut.
Sementara itu, Wan Ismail berkata besar harapan mereka sekeluarga mahu sambut Aidiladha bersama namun dia reda kerana undang-undang di negaea itu tidak sama dengan Malaysia.
“Eda Ezrin sering merintih dan bertanyakan kepada kami bila dia akan dibebaskan, badannya juga kini semakin kurus selepas lebih tujuh bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat.
“Sedih, terkilan, reda… Macam-macam dalam fikiran saya bila mengetahui penahanan Eda Ezrin sekali lagi dilanjutkan sehingga bulan depan.
“Selepas bulan depan, kami juga tidak tahu apa nasib Eda Ezrin kerana dimaklumkan kes itu boleh dirujuk ke Mahkamah Agung pula.
“Saya sendiri keliru sedangkan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu mendapati anak saya serta yang lain tidak bersalah.
“Walaupun sedih, saya terpaksa reda dan akur dengan segala keputusan memandangkan undang-undang di negara sana (Thailand), tidak sama dengan negara kita,” katanya.
Tambah Wan Ismail lagi, Eda tertanya-tanya mengenai nasibnya dan dia tidak sanggup untuk bertemu dengan anaknya itu kerana terlalu sedih dan hanya bekas isterinya yang berjumpa Eda setiap minggu.
“Saya sendiri tidak sanggup untuk bertemu anak saya di penjara kerana terlalu sedih memikirkan apa yang berlaku. Disebabkan itu hanya bekas isteri yang berjumpa setiap minggu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada saya,” katanya.
Semalam, media melaporkan penahanan Eda Ezrin, suami dan empat rakan dilanjut sehingga 6 Julai depan.
Sumber – Harian Metro, Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah kan....
Rasa nya dia tahu apa dia buat tu Salah.
Kan ada fikiran....
Macam macam cara orang cari rezeki...
Macam macam!.
|
|
|
|
|
|
|
|
baik ko merintih dgn Allah jer dik..
masa buat dah sedap tak ingat, hepiii..
dah kedalam camni ko merintih tya bila nk keluar?
merasa laaa khifarah di dunia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
I hope, geng2 founder timbang kilo kat negeri sana tu yg pakat dok flex kekayaan kemewahan walhal dtg dr hasil haram pon bakal terkena kifarah tk lama lg. Bodow sungguh yg dok beli produk timbang kilo diaorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
masuk penjara negara orang tau kau merintih akur dengan law..
cuba orang asing masuk penjara sini..
kemahen bising kenapa gomen tahan bla bla bla.. |
|
|
|
|
|
|
|
bakpe buat gitu kak weyyyyy. bey soba beyyy saja laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau SALAH. Kenalah tanggung.
Lainlah dianiaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa tanggung akibat perbuatan sendiri. Memang dah ke mahkamah tinggi sebab amount dadih tu banyak. Undang2 thai memang no mercy pada org luar so hati2 lah |
|
|
|
|
|
|
|
so what? mak bapak yg merintih sbb anak2 diorg terjebak dgn dadah pulak macamana?
sskjp kt socmed kemain husnuzon dgn dia..hrp sskjp acik porem tak sebegini yach..acik porem ada kelas |
|
|
|
|
|
|
|
Look at the bright side - kau dapat kurus, kau dapat bersihkan sistem tubuh badan daripada benda terlarang... |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 6-6-2025 11:13 AM
so what? mak bapak yg merintih sbb anak2 diorg terjebak dgn dadah pulak macamana?
sskjp kt socmed k ...
Betul Weyy..komen2 kat fb kemain eh...just untuk doa yg baik2 untuk dia ni..terutama jantan2 punyaa komen..kemain yg baik2 ucapan...tapi bab politik...bola....kak km...kemain diorng mulut cam siaalll jaahanammm hansuang..
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka, mereput la kau dalam jel tu  |
|
|
|
|
|
|
|
bersambung- sambung ekk..
negara org. ikut undang² dia la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak kantoi....dah berapa ribu pulak ibu bapa menyesal anak amik dadih yang kau jadi tokan tu sundellll????? merempat lah kau kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benci la. 6000 pil kuda on the way nak rosakkan bangsa & agama. Nak merosakkan golongan belia & rakyat tempatan. Meletakkan negara Malaysia di dalam keadaan bahaya bila rakyatnya dirosakkan dgn dadah. Elok merempat terus dalam penjara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi kesian dgn anak muda yg rosak masa depan mereka dgn pil kuda, rosak institusi keluarga dengan anak dok bunuh makpak, bapak bunuh anak, suami kelar anak dan isteri disebabkan najis dadah. Tokan dadah yg kaya dr hasil merosakkan anak bangsa patut pupus jelah. |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 6-6-2025 03:20 PM
bersambung- sambung ekk..
negara org. ikut undang² dia la
Kalau kt sini..mesti lepas dh tu |
|
|
|
|
|
|
|
Punya banyak dadah tapi masih hidup lagi. Thailand takde hukuman gantung sampai mati ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|