View: 1179|Reply: 26
|
[Tempatan]
SPRM bongkar kegiatan NGO seleweng dana orang ramai RM26 juta
[Copy link]
|
|
bharian.com.my
Oleh Safeek Affendy Razali
Jun 16, 2025 @ 11:17am
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan penyelewengan dana kira-kira RM26 juta milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai.
Berdasarkan maklumat sumber, kegiatan menyeleweng dana itu terbongkar susulan tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan sebuah pertubuhan menerusi Op Serantau yang dijalankan SPRM Selangor.
Sumber berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu.
"Lima suspek terbabit kini direman tujuh hari iaitu empat daripadanya direman sehingga Rabu dan seorang lagi sehingga Khamis ini.
"Modus operandi untuk menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang berlaku dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto.
"Mereka juga dipercayai memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi bagi memberi pinjaman kepada kakitangan pertubuhan terbabit, selain menggelapkan wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria untuk kegunaan sendiri," katanya.
Katanya, kegiatan menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai itu dipercayai berlaku sejak 2015 hingga sekarang.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan itu.
Beliau berkata, SPRM sudah menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta iaitu wang tunai lebih RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, akaun kripto bernilai kira-kira RM650,000 dan empat unit rumah dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta dalam operasi berkenaan.
"SPRM juga sudah membekukan 14 akaun perbankan membabitkan jumlah hampir RM5 juta bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan maklumat sumber, kegiatan menyeleweng dana itu terbongkar susulan tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan sebuah pertubuhan menerusi Op Serantau yang dijalankan SPRM Selangor.
Satu geng pensakau duit derma. Dah 10 taun buat kerja - Tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
sape pulak ni
xde info lanjut ke
|
|
|
|
|
|
|
|
ni yg kes haritu kan? baru nak dakwa ek |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi jelah tahu nama pertubuhan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
takde info lg ke? nk tahu pertubuhan ape |
|
|
|
|
|
|
|
Bongok tul
kasi tau ler nama
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat news portal pun just bagitau NGO kutip derma utk Syria
Sebelum ni NGO Aman Palestin yg kena dgn SPRM tapi taktau apa perkembangan pendakwaan |
|
|
|
|
|
|
|
"Modus operandi untuk menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang berlaku dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto.
  |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi advance ... ada yang rembat duit pengurusan 40 peratus jer.. tapi ini seleweng pertubuhan terus hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Masih lqgi ada yg suka duk derma kat ngo. Padahal boleh derma kqt mak balak sendidi kat kampung, atau adik beradik yg susah atau anak2 saudara yg memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
report pasal kegiatan aman palestin kat atas banyak menipunya aman palestin ni... hahhaha... kayakan scamer jer siapa yang menyumbang |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni kan aku nampak kat tt; mak yg konon duk jaga hawa tu, dia pun nak buat NGO jugak katanya. Konon sbb ramai duk tanya nak mintak tolong suruh jahga budaklah jaga itu jaga ini. Dah startlah tu. Konon nanti dia keja jugak dia akan ambil pekerja utk jaga rmh kebajikan dia hermmm kononnlah ye ko akan keja jugak sebelum ko nampak duit depan mata ko phuiii. Tak payah, mo keja mcm biasa tak payah buat NGO dah byk sgt NGO ujung2 semua menyeleweng. Ko tak payah bukak ngo, dah startlah tu aku cukup menyampahhhh phuiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar mane ?
Sapo beritau la?
Derma dah bagi
Kenyang makan duit haram
 |
|
|
|
|
|
|
|
Syaiton.
Tak makan babi.
Tapi makan duit haram tu, menu kegemaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 16-6-2025 06:08 PM
Baru ni kan aku nampak kat tt; mak yg konon duk jaga hawa tu, dia pun nak buat NGO jugak katanya. Ko ...
Iols kalau ngo2 neh iols kasi derma kat mercy, makna tu je..
Atau kita tengok masjid2 baru nak bina ke...iols bg direct je ke akaun tu terus..
|
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 16-6-2025 05:52 PM
Kat news portal pun just bagitau NGO kutip derma utk Syria
Sebelum ni NGO Aman Palestin yg kena dgn ...
Akaun depa dah kena beku ke?
Mewah2 kan depa neh... |
|
|
|
|
|
|
|
setiap bulan ye ada pembongkaran melibatkan duit lah emas lah berlian lah
penangkapan pulak yilekkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|