CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 1104|Reply: 49

Pengalaman hidup Tunku Ines (Kerabat N9) dalam Radar

[Copy link]
Post time 30-5-2025 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 30-5-2025 11:18 AM

KUALA LUMPUR: Selepas tampil dengan single Andai, pendatang baharu, Tunku Ines, 21, meneruskan langkah seninya dengan single lagu kedua berjudul Radar.

Radar dikatakan satu taruhan besar buat puteri kesayangan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar dan Yang Mulia Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Raden ini.


Berikutan itu, Tunku Ines gembira apabila ramai yang hadir pada majlis pelancaran single Radar bagi memberikan sokongan kepadanya termasuk ibu bapanya, baru-baru ini.

Tunku Ines atau nama sebenarnya, Tunku Ines Najihah Raden berkata, dia berterima kasih atas sokongan anak seni yang berpengalaman dalam dunia hiburan seperti penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim, Che Puan Jeslina Hashim dan pelakon senior, Eja.

"Saya ada bertanya pada Sarimah mengenai persembahan 'live' pertamanya. Beliau katakan ia menakutkan, jadi memberikan saya tip untuk persediaan. Saya gembira ramai yang hadir menyokong saya.

"Saya suka menyanyi sejak kecil dan melancarkan single ini adalah impian. Radar juga adalah single kedua dan sangat istimewa.


"Menerusi single Radar, saya lebih menjadi diri sendiri, malah lagu ini juga ada kena mengena dengan pengalaman saya.

"Radar mengetengahkan genre yang saya minat iaitu pop rock," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single Radar di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Turut dilancarkan, video muzik Radar yang menampilkan konsep Tunku Ines sebagai ratu lautan dengan menampilkan elemen radar marin kapal laut.

Video muzik dihasilkan oleh sekumpulan anak muda dari rumah produksi PT Lvcid Surya Kreatif dari Jakarta, Indonesia.


Kawasan penggambaran terbabit di Jakarta, Indonesia dan Pantai Goa Langir Sawarna, Banten hasil garapan idea daripada Tunku Ines sendiri.

Bercerita lanjut mengenai kerjasama dengan pencipta Radar iaitu Shazriq Azeman, Omar K dan Iqie Hugh, Tunku Ines memberitahu, mereka banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sejak awal perbincangan lagu hingga ke akhir rakaman dibuat.

"Saya berkongsi dengan mereka apa yang saya nak, melodi pilihan saya. Saya selesa bekerjasama dengan Omar K dan Iqie Hugh. Mereka sangat berbakat dan tidak pernah lokek ilmu.

"Banyak perkongsian dibuat dan saya sangat berterima kasih," kata penuntut tahun akhir jurusan Komputer Sains di Universiti Nottingham itu.

Demi komitmen untuk bergelar penyanyi, Tunku Ines mengambil vokal bersama Cikgu Siti Hajar.

Sebelum ini, Tunku Ines pernah merakamkan single pertama berjudul Andai ciptaan Edry Abdul Halim, edaran Rocketfuel Entertainment.

Selain Radar dan Andai, Tunku Ines juga bakal merakamkan lagu ketiga dan keempatnya tidak lama lagi.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2025 11:17 AM | Show all posts
So far belum ada lagi benang Tunku Ines.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2025 11:18 AM | Show all posts
Sorry..yg puji lagu Tunku Ines ni cuma Ezurin K
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:42 AM | Show all posts
hauk giler suara dia.serious mmg x leh nyanyi.

Cantik tunku ines ni plus mmg vibe kerabat sesangat.tapi taula kerabat nismilan ni cemana hu hu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 12:16 PM | Show all posts
her voice memang tak boleh nyanyi n memalukan lah.. dah la dia tak boleh cakap melayu juga

tak paham i kenapa dia nak go mainstream. patut jadi mcm daiyan trisha tu, buat covers, active on social media
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 12:34 PM | Show all posts
cantiknya her mom.. very regal look!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 01:00 PM | Show all posts
osheenz replied at 30-5-2025 12:34 PM
cantiknya her mom.. very regal look!

mak dia dulu TV3 newscaster....tapi tak lama

cantik dan elegant sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 01:42 PM | Show all posts
Incanto replied at 30-5-2025 01:00 PM
mak dia dulu TV3 newscaster....tapi tak lama

cantik dan elegant sampai skrg

ye, igt lagi..mmg org tibitiga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 01:48 PM | Show all posts
Incanto replied at 30-5-2025 01:00 PM
mak dia dulu TV3 newscaster....tapi tak lama

cantik dan elegant sampai skrg

ooooo no wonder la nmpk presentable. x makan tua....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:47 PM | Show all posts
I sampai skrg tak berani dgr full lagu radar atau interview dia. Iols ni kalau pelat2, sensitif sikit. Berdesing telinga . Dari buat dosa, baik scroll saja, haha. Tapi lagu Andai dgr kat Youtube, best. Simple dan light2 ja.

Kalau humble, rendah diri, ambil kritikan, practise, slow2 boleh lah naik. Benda boleh belajar. Ingat kpop tu semua merdu ka? Yg merdu pun tak semestinya femes.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:31 PM | Show all posts
i dah dgr lagu full radar ni. pd i best juga catchy. cuma kalau singer lain mst lg best. ines ni mcm kurg something suara dia. live lagi la hauk
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 30-5-2025 11:17 AM
So far belum ada lagi benang Tunku Ines.

Lawanya mak dia dlm pict ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni lawa tapi dik tak payah lah jadi penyanyi jadi influencer lagi masyuk
Kerabat n9 memang semua speaking nyah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni imej makcik2 sgt. Umur muda buatla imej yg fresh mcm janna nick and aida jebat time muda. Ini anting2 rambut mcm nak pi malam pesta acik2 je. Dahla nama komersial pun gigih nak letak tunku lagi la org tak selera nak amik tahu takut banyak karenah birokrasi maklumlahh blue blood katakan..she looks regal tapi tak fun utk jadi retis.
Suara dia x best tapi level nabila razali la kalau dapat lagu yg best2 boleh je naik. Tp kurangkan la mekap and aksesori macam acik2 70an tu dik..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
vender replied at 30-5-2025 06:01 PM
Dia ni imej makcik2 sgt. Umur muda buatla imej yg fresh mcm janna nick and aida jebat time muda. Ini ...


Imej sheolls gediks macam lmk. Kenapa sheolls nak jadi penyanyi eh? Dah abis belajar ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kimononono replied at 30-5-2025 02:47 PM
I sampai skrg tak berani dgr full lagu radar atau interview dia. Iols ni kalau pelat2, sensitif siki ...

hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sallysains replied at 31-5-2025 06:50 AM
hahaha

Ahhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyian selevel kakak Faz atau rendah lagi..
Tapi itulah nya, jenis nyanyi ada album utk suka2...
Dia ni kuat lah darah kerabat kan since parents kerabat.
Muka wise biasa je tp sbb dah family prominent nak tak nak nampaklah berkelas nya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:33 AM | Show all posts
Edited by manamana123 at 31-5-2025 09:37 AM
babygina replied at 31-5-2025 06:07 AM
Imej sheolls gediks macam lmk. Kenapa sheolls nak jadi penyanyi eh? Dah abis belajar ke belum?

dia masih study computer science dekat nottingham univ, 3th year
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 09:57 AM | Show all posts
vender replied at 30-5-2025 10:01 AM
Dia ni imej makcik2 sgt. Umur muda buatla imej yg fresh mcm janna nick and aida jebat time muda. Ini ...

Haha betul. Pic yg last tu sampai iolls tengok muka sheolls dah nak mcm pelakon zaman 60an. Macam Mariani pon ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 1.684462 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list