View: 137|Reply: 1
|
RM BTS menang American Music Awards 2025, tewaskan Rose Blackpink dan Stray Kids
[Copy link]
|
|
SELEPAS mencipta kejayaan bersama kumpulan BTS, penyanyi RM kini boleh berbangga apabila sekali lagi mengungguli trofi Artis Kpop Kegemaran sempena American Music Award (AMA) 2025.
Ini membuktikan nama RM atau Kim Na Joon, 31, kekal mendapat perhatian peminat meskipun sudah lama tidak tampil dengan lagu baharu.
Lebih membanggakan lagi, dia menewaskan nama besar lain yang turut tercalon dalam ketegori sama seperti Jimin, Ateez, Rose Blackpink dan Stray Kids.
RM bagaimanapun tidak dapat hadir menerima anugerah yang berlangsung Hotel Fontainebleau Los Angeles pada Isnin lalu.
Ia ekoran penyanyi ini masih lagi menjalani latihan ketenteraan yang dijangka tamat pada Jun.
RM merupakan pemenang kedua kategori berkenaan selepas AMA tidak lagi dianjurkan sejak dua tahun lalu.
Sebelum ini, BTS membawa pulang trofi sama pada tahun 2022.
Dalam pada itu, penyanyi Billie Eilish muncul sebagai pemenang keseluruhan selepas berjaya meraih tujuh trofi termasuk Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Artis terbaik.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tahniah BTS leader  |
|
|
|
|
|
|
| |
|