CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 1

[Tempatan] Tiga lelaki terlibat kes tetak teman lelaki bekas isteri diburu

[Copy link]
Post time 25-5-2025 12:27 PM | Show all posts |Read mode


SUBANG JAYA – Polis sedang giat mengesan tiga lelaki yang disyaki terlibat kes tetak seorang lelaki sehingga parah dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Intan, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, seramai tiga individu diambil keterangan termasuk seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada salah seorang suspek.

-Advertisement-


“Usaha mengesan kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an masih dijalankan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.


Wan Azlan berkata, semakan mendapati seorang suspek yang juga bekas suami kepada kekasih mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.


Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki cedera parah di bahagian badan dan kepala selepas dipukul dan ditetak suspek menggunakan pisau dan batang besi.


Menurut Wan Azlan, kejadian dipercayai berpunca akibat masalah rumah tangga dan cemburu. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 12:58 PM | Show all posts
Lelaki kena faham you don't own any woman, not even your wive apa lagi your ex-wive. Kalau hati dia dah kat orang lain, you simple lose.

Cari ja yang lain. Bukan pergi pukul orang yang menang. Ko jantan kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.172212 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list