NAMA bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Elliza Razak ‘naik’ kembali selepas membuat rayuan meminta bantuan orang ramai membeli produk jualannya.
Hal ini kerana, ibu tunggal dua anak itu berdepan masalah berkaitan kewangan yang memerlukannya mengumpul sejumlah wang bagi menyelesaikan masalah dicetuskan individu tertentu.
Memang kasihan baca rayuannya dalam Instagram tapi bukan perkara itu yang Diva nak kongsikan, sebaliknya desas-desus mengenai keintimannya dengan anggota kumpulan Phyne Ballerz, Nine.
Gosip dengan penyanyi itu mungkin tercetus disebabkan dalam Instagram Elliza ada banyak gambar berdua dikongsikan.
Malah difahamkan, kedua-dua mereka juga kerap membuat siaran langsung dalam TikTok bersama-sama menjual beberapa jenis produk.
Ketika kisah keintiman mereka diperkatakan, Nine atau nama lengkapnya Meor Zulkarnain Mohd. Zamhuri memaklumkan keakraban mereka tidak lebih dari seorang kawan.
Katanya, dia sudah menganggap Elliza seperti adik sendiri kerana mengenali arwah bapa penyanyi itu yang juga guru muziknya ketika zaman sekolah.
Bagi Diva yang usik itu mungkin mendoakan jodoh kedua-dua mereka, lagipun khabarnya Nine pun bergelar duda. Sama-sama single kan.
DIVA: Tak sangka Lady Gaga boleh selamba makan di medan selera.
|