CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24|Reply: 0

Warna air kencing beri petunjuk tahap kesihatan

[Copy link]
Post time 21-5-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode


AIR kencing memainkan peranan penting dalam tubuh kerana ia boleh memberikan petunjuk mengenai tahap kesihatan umum seseorang berdasarkan warna dan baunya.


Air kencing terbentuk di buah pinggang melalui proses penapisan darah sebelum disingkirkan melalui pundi kencing. Komposisi utamanya terdiri daripada air iaitu 95 peratus, urea (5%) dan bahan buangan.


Ia juga mengandungi hasil penguraian daripada makanan, minuman, dan ubat-ubatan yang diambil.


Secara ideal, warna air kencing adalah daripada kuning cerah hingga kuning gelap. Ini kerana air kencing secara semula jadi mengandungi pigmen kuning yang dikenali sebagai urobilin atau urokrom.


Memetik artikel laman web Medical News Today, warna air kencing yang sering dianggap sebagai normal adalah di antara kuning dan jernih.


Ini terjadi apabila individu itu t erhidrasi dengan baik, air. Namun, semakin gelap warnanya, semakin pekat air kencing itu ia menandakan dehidrasi.


Kadang kala, makanan, minuman atau ubat tertentu boleh mempengaruhi warna air kencing secara sementara.


Perubahan warna air kencing atau warna luar biasa bagaimanapun, boleh menjadi tanda awal kepada masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.




Air kencing jernih


Menunjukkan individu itu mungkin terlebih minum air. Ini boleh menyebabkan keracunan air, iaitu apabila garam dan elektrolit dalam badan menjadi terlalu cair.


Adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit seperti natrium dan kalium bagi memastikan fungsi badan berjalan lancar. Paras elektrolit yang terlalu rendah boleh mengancam nyawa.


Air kencing kuning cerah hingga kuning gelap


Warna kuning cerah menunjukkan tahap hidrasi badan yang baik. Ini adalah warna air kencing yang normal. Jika warnanya lebih gelap, ia mungkin menandakan dehidrasi — anda disarankan minum lebih banyak air agar air kencing menjadi kurang pekat.




Air kencing jingga


Boleh disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu seperti vitamin B (riboflavin), phenazopyridine (untuk jangkitan saluran kencing), atau antibiotik seperti rifampicin dan isoniazid. Ia juga mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati atau saluran hempedu, seperti jaundis (penyakit kuning).


Air kencing merah jambu hingga kemerahan


Warna ini kadang-kadang tidak membahayakan, terutamanya selepas mengambil makanan seperti beri biru dan beri hitam.


Namun, jika anda tidak mengambil makanan tersebut, ia mungkin disebabkan oleh kehadiran darah dalam air kencing, yang boleh berpunca daripada jangkitan saluran kencing, batu karang, kanser buah pinggang atau pundi kencing, pembesaran prostat (BPH), atau kanser prostat. Dapatkan pemeriksaan segera.


Air kencing coklat gelap


Boleh menandakan dehidrasi yang teruk. Namun, ia juga mungkin berpunca daripada penyakit hati seperti hepatitis, sirosis, atau saluran hempedu yang tersumbat.


Keadaan ini boleh menyebabkan bilirubin (hasil penguraian sel darah merah) terkumpul dalam darah dan dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu, kecederaan otot akibat senaman berat juga boleh menyebabkannya.


Oleh itu jika anda perasan sebarang perubahan luar biasa atau mendadak pada warna air kencing, dapatkan nasihat perubatan segera daripada profesional kesihatan. - AGENSI




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list