CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 5

Bila dah serius baru saya kenalkan bakal suami-Aisha Retno

[Copy link]
Post time 21-5-2025 10:38 PM | Show all posts |Read mode


Setelah melalui episod putus cinta awal tahun ini, penyanyi Aisha Retno mengakui hatinya kini terbuka untuk mengenali insan baharu.

Malah tanpa berselindung, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, mendedahkan dia sudah mengenali seseorang namun belum bersedia berkongsi identiti jejaka tersebut kepada umum.

“Siapa yang boleh mengetuk pintu hati saya dengan baik, saya okey sahaja, yang berjaya ketuk itu ada, tetapi selepas masuk kena lalu ruang tamu (ibu bapa) dahulu.

“Individu yang mengetuk pintu itu baru sangat lagi, malah kalau hendak cakap pengganti pun tidak juga. Saya baru lagi kenal dengan individu itu.

“Saya enggan hebohkan siapa dia. Bila sudah serius, saya akan kenalkan. Saya tidak berahsia mengenai pasangan, Apabila sudah tiba masa saya akan beritahu siapa dia,” katanya kepada Kosmo! Online.

Meskipun masih dalam fasa perkenalan, pelantun Samudera itu tidak menolak kemungkinan hubungan itu boleh pergi lebih jauh, asalkan individu tersebut mampu menerima cintanya yang mendalam terhadap muzik.

  


“Saya suka membandingkan, maksudnya saya bandingkan dengan pasangan dulu dengan yang sedang dikenali sekarang.

“Sekarang baru kenal-kenal dan dalam fasa awal perhubungan. Siapa yang dapat terima saya seadanya, saya akan teruskan.

“Bagaimanapun, ketika ini saya mahu memberi sepenuh cinta terhadap karier muzik. Jadi, siapa yang tak boleh terima cinta saya kepada muzik, dia boleh pergi,” katanya jujur.

  


Sebelum ini, Naib Johan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) itu memaklumkan sudah berpisah dengan kekasih selepas beberapa bulan menjalin hubungan.

Malah, dia dan bekas kekasih berpisah secara baik dan masih berkawan hingga kini. –
Sumber:Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2025 09:22 AM | Show all posts
unik features muka dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka dia teringat lukisan raja eropah jaman dulu...

Bapak dia sayed mix ereb jawa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka sheolls macam tweety
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 04:31 PM | Show all posts
Suara sedap. Muka tu terlalu eksotik. Kadang2 macam seram bila tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibir dia tu betul ke or salah cucuk? Tp suara dia ni sedap betul ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044068 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list