CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

[Tempatan] Suspek kes bunuh 'bouncer' 12 tahun lalu akhirnya didakwa

[Copy link]
Post time 21-5-2025 01:51 PM | Show all posts |Read mode




Butterworth: Pekerja aksesori kereta yang menjadi buruan polis sejak 12 tahun lalu kerana disyaki membunuh seorang pengawal kelab malam atau 'bouncer' akhirnya dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.


Bagaimanapun, tertuduh, Ooi Chin Leng, 38, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.


Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-bersama seorang yang masih bebas didakwa membunuh Fouzi Hussen, 24, di Taman Desa Murni, Sungai Dua di sini, jam 5.25 pagi pada 24 Januari 2013.


Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Semasa prosiding, Nurameera tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh bagi mendapatkan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh.


Ini kerana, susulan terhadap tertuduh adalah kes lama dan tertuduh baharu ditangkap polis.


Majistret kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes termasuk mendapatkan profiling DNA tertuduh.


Terdahulu, media melaporkan seorang pengawal kelab malam atau 'bouncer' maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni, di sini, pada 24 Januari 2013.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika itu dilaporkan berkata, mangsa seorang lelaki tempatan ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada jam 5.25 pagi.


Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan itu bermula dengan perbincangan berhubung perniagaan antara mangsa dan beberapa lelaki berkenaan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan apabila gagal mencapai kata sepakat.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list