CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1973|Reply: 30

[Tempatan] Dua lelaki direman menyamar polis, ugut dan rogol siswi dalam kereta

[Copy link]
Post time 23-5-2025 07:43 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA – Dua peniaga kendera saji (food truck) direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas disyaki merogol seorang pelajar universiti dengan menyamar sebagai anggota polis, semalam.


Perintah reman sehingga 29 Mei ini dikeluarkan Majistret N. Sivashangari terhadap dua suspek lelaki masing-masing berusia 23 dan 29 tahun itu.


Menurut sumber, ketika kejadian pengadu seorang pelajar universiti berusia 18 tahun sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya di dalam sebuah kereta di kawasan sunyi Pantai Klebang sebelum didatangi suspek berusia 29 tahun yang menaiki motosikal.


“Suspek mengetuk cermin tingkap kereta dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum masuk ke dalam kenderaan tersebut. Lelaki itu kemudian menghubungi seorang lagi rakannya yang berusia 23 tahun dan tiba tidak lama kemudian dengan menaiki sebuah motosikal lain.


“Mereka menuduh pasangan itu melakukan hubungan seks dan mengugut perlu membayar RM3,000 jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa tidak mempunyai wang,” katanya.


Katanya, kedua-dua suspek kemudian memaksa pasangan itu melakukan hubungan seks di tempat duduk belakang sambil salah seorang suspek memandu kereta tersebut.


“Suspek turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit. Sebaik tiba di sebuah kedai serbaneka yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM), suspek mengarahkan teman lelaki mangsa mengeluarkan duit.


“Gadis malang itu yang ditinggalkan bersama kedua suspek kemudiannya telah dirogol sebanyak dua kali oleh suspek berusia 29 tahun manakala rakannya bertindak meraba kemaluan mangsa,” ujarnya.


Tambahnya, teman lelaki mangsa yang tidak mempunyai wang terpaksa meminjam RM50 dan mengeluarkannya di ATM sebelum menyerahkan kepada suspek.


“Suspek kemudian membawa pasangan itu ke Pantai Klebang untuk mengambil semula motosikal. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga pada pukul 3 pagi tadi.


“Bertindak hasil maklumat, sepasukan polis menahan kedua-dua suspek masing-masing di Taman Rambai Utama dan Kampung Pulau Gadong. Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah,” katanya.


Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan rogol dan Seksyen 170 KK kerana menyamar sebagai penjawat awam. - KOSMO! ONLINE.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis kan ada ukuran tinggi dada tegap, ini kerempeng kurus katik boleh naif percaya itu polis
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimak nya kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm ni dh byk kali menyamar & berjaya dpt duit kot tp kali ni kantoi sbb merogol, tinggalkan DNA dlm rahim pengadu, susah la nk lepas. Dlm jel member yg pg amik duit kt ATM sure menyumpah seranah hawau lahabau member yg rogol sbb dia cuma dpt RM50 sdgkan member sorang lg bersedap sedapan melantak kuey tiau kerang sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:23 PM | Show all posts
xpasal kedalam buat keje sia2 je
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:31 PM | Show all posts
Menyirap ja baca. 2 ekor babi ni kalau lunyai kena kekah dalam penjara pun aku sokong penuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2025 09:53 PM | Show all posts
Hanya di Malaysia kot bidang kerja polis tangkap orang beromen lalu memberi peluang babi2 menyamar macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh.. ko dah rogol orang, of course la akan tinggal bukti. Mesti dia ingat budak perempuan tu takut nak report polis. Padan muka dua malaon ni. Belajar dah la tak pandai, ada hati nak menyamar jadi polis. Tapi buat kerja tak clean
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 10:18 PM | Show all posts
Firenzza replied at 23-5-2025 08:55 PM
Sblm ni dh byk kali menyamar & berjaya dpt duit kot tp kali ni kantoi sbb merogol, tinggalkan DNA dl ...

Yang pergi ke ATM bukan bf tu ka?

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ada acu senjata ke sampai pasangan tu pun ikut je disuruh buat hubungan seks kat tempat duduk belakang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 24-5-2025 12:04 AM

Kadang polis tak tunjuk kad kuasa bila tahan dan periksa orng ramai...bila kita minta....'rhisau lain pulok jadinya'.Mohon pihak polis wajibkan anggotanya yg berpakaian preman...perkenalkan diri dan tunjukkan kad kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-5-2025 10:18 PM
Yang pergi ke ATM bukan bf tu ka?

......


Awatnya iols punya reply x leh post, cari.com ckp ada banned words......giler ke hapa nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 23-5-2025 11:58 PM
Diorang ada acu senjata ke sampai pasangan tu pun ikut je disuruh buat hubungan seks kat tempat dudu ...

Ugut denda 3k, bawa ke balai, lapor pejabat agama, telefon mak... semua ugutan tu dah lebih dari pistol kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 24-5-2025 07:17 AM
......



Uols kata apa? Oh fcuk my eyes ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-5-2025 08:46 AM
Uols kata apa? Oh fcuk my eyes ka?

Dah byk kali kena chuols....cuma type A   T   M  dgn s.uspek pun blh kena banned
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:17 PM | Show all posts
Firenzza replied at 24-5-2025 12:13 PM
Dah byk kali kena chuols....cuma type A   T   M  dgn s.uspek pun blh kena banned

testing...

ATM
suspek


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa melayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-5-2025 12:17 PM
testing...

ATM

Cer chuols type ...  e s c o r t
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:27 PM | Show all posts
Firenzza replied at 24-5-2025 12:22 PM
Cer chuols type ...  e s c o r t

yang itu memang aku pernah kena but I'll try again

esco*t

eskort

edit: yup rejek
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-5-2025 12:27 PM
yang itu memang aku pernah kena but I'll try again

esco*t

Apa ada pada 'E SCORT' tu chuols sampai cari pun nk ban?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061688 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list