CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 4

Chacha Maembong nak kahwin tahun ini?

[Copy link]
Post time 18-5-2025 12:35 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon Chacha Maembong akui hatinya kini sudah ditawan namun belum bersedia berkongsi lebih lanjut tentang desas-desus bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.


Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, enggan terlalu terbuka menjaja kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu.


  


“Memang hati saya sudah dimiliki. Bagi menjawab persoalan betul ke saya nak kahwin tahun ini, saya rasa biarlah saya sahaja yang tahu buat masa ini.


"Bukannya apa, sebelum ini saya terlalu terbuka bercerita soal peribadi. Tetapi akhirnya tak jadi. Jadi saya tak mahulah dikatakan asyik beriya jaja kisah nak kahwin, hujung-hujung tak jadi. Saya juga yang malu nanti dan nak kena menjawab nanti.


“Tetapi kalau betul saya nak kahwin, pasti saya akan beritahu semua. Saya takkan merahsiakan perkahwinan saya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika sidang media festival Da Bomb, di sini, baru-baru ini.


  


Ditanya siapakah gerangan jejaka bertuah yang berjaya menambat hatinya, pelakon drama Cukup Derita itu juga belum bersedia mendedahkan identiti lelaki calon suaminya.


"Apa yang boleh saya katakan, keluarga sudah bertemu dengannya. Setakat ini saya tengok mereka tiada masalah dengannya. Saya ada ramai adik-beradik, 11 orang semuanya. Keluarga kami memang besar.


" Penting untuk keluarga saya restu siapa pilihan saya. Saya pun dah 29 tahun. Semua ahli keluarga saya dah berkahwin. Jadi tinggal saya sahaja yang belum kahwin,” kongsinya.


  


Ditanya adakah pernah timbul rasa gusar atau trauma untuk berkahwin memandangkan dalam keluarganya ada sejarah adik- beradik serta ibu bapanya sendiri pernah melalui episod keruntuhan rumah tangga, Chacha tidak pernah berasa takut untuk berkahwin.


“Saya tak pernah rasa trauma untuk berkahwin. Pada saya perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza. Pasangan kita pun berbeza. Tak bermakna kalau ibu bapa saya bercerai, adik beradik saya bercerai, saya perlu takut akan bercerai juga.


“Tetapi saya jadikan kisah hidup mereka sebagai pengajaran. Walaupun ada antara mereka yang bercerai, tetapi mereka masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas pasangan masing-masing. Itu antara nilai positif yang kami terapkan dalam keluarga.” – HIBGLAM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa bf dia skrg

yg last tu dj tu kan..lepas tu mcm takde nampak post bf apa2 kat igs..ke ada?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 03:29 PM | Show all posts
dia ni cantik..tapi sayang sendu jua
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 01:52 PM | Show all posts
Edited by babelina at 21-5-2025 02:03 PM

dia nie bank simpanan ker.. ada yg taja tajaan ker..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 02:40 PM | Show all posts
Cantik lah chacha ni, kulit dia tu i adore sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.050252 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list