KELIBAT anggota kumpulan BTS iaitu V yang dilihat berdua-duaan bersama seorang wanita di sebuah restoran mewah mengundang perhatian netizen.
Menerusi foto yang tular di media sosial, V dilihat duduk berhadapan dengan seorang wanita yang mengenakan baju flanel serta bertopi bagi menutup identitinya.
Bagaimanapun peminat membuat spekulasi mendakwa wanita bersama V adalah penyanyi IU.
Dakwaan tersebut timbul berdasarkan baju dikenakan wanita itu mirip dengan pakaian sering dipakai IU.
Netizen juga mengesyaki pertemuaan itu adalah bersempena meraikan hari lahir IU yang jatuh pada 16 Mei.
Disebabkan gambar itu, ramaitertanya-tanya tentang hubungan sebenar di antara dua selebriti terkenal itu.
Sebelum ini, V muncul dalam muzik video lagu IU berjudul Love Wins All yang dilancarkan pada Januari tahun lalu.
Malah V juga turut menghadiri konsert IU di Seoul pada September 2024. - mStar
|