CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

“Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya…Sampai Mati Mereka Anak Saya” - Hafidz Roshdi

[Copy link]
Post time 14-5-2025 08:27 AM | Show all posts |Read mode




Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan netizen yang menyifatkan dia seorang bapa tidak bertanggungjawab terhadap dua anaknya Humairah dan Umar yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Memetik Utusan Online, Hafidz berkata kedua-dua anaknya itu tetap darah dagingnya dan dia bertangungjawab menjaga keperluan mereka sebagai bapa.“Anak-anak itu tetap berbinkan saya sebagai bapa mereka. Anak-anak tetap tanggungjawab saya. Sampai mati pun mereka adalah anak saya. Tak kisahlah orang nak cakap saya tak pedulikan anak-anak atau apa yang penting, saya dah buat sehabis baik.


  


“Saya yang failkan hadanah, saya yang pergi ke mahkamah dan hadir setiap kali nak perjuangkan hak lawatan untuk jumpa anak-anak. Bagi saya orang yang bercakap itu harus berfikirlah. Sebab anak-anak itu tanggungjawab saya,”katanya.
  
Sementara itu, Hafidz berkata kasih sayang terhadap dua anaknya itu tidak pernah padam dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa, namun biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu.

“Saya tahu diri saya, tak pernah saya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Daripada mereka kecil sampai sekarang, saya balik dari kerja di set penggambaran atau apa, saya mesti nak luangkan masa dengan mereka.
“Saya cuba lapangkan masa untuk bawa mereka berjalan, pendek kata sejak mereka lahir, saya jalankan tanggungjawab sebagai bapa sehabis baik.


“Jadi kalau orang nak kata saya tak bertanggungjawab, tak apalah. Saya sahaja yang tahu diri saya. Saya tahu kedudukan dan pendirian saya,”katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047481 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list