CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 930|Reply: 42

[Jenayah] Mintak Stop Makan Nasi Campur Sebab Tak Berkhasiat, Suruh Tukar Dengan Set Makanan Jepun!

[Copy link]
Post time 14-5-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode


Apabila sebut makanan Jepun, pasti ramai mempunyai tanggapan yang ia lebih sihat dan berkhasiat kerana kebiasannya hanya diberikan nasi bersama dengan ikan atau ayam, sayur dan sup sahaja di dalam set bento.

Hal itu membuatkan seorang netizen tempatan yang merasakan individu yang berpendapatan tinggi untuk berhenti membeli juadah nasi campur kerana didakwa tidak berkhasiat seperti makanan Jepun.

“Jika pendapatan bulanan anda RM10 ribu ke atas atau nilai bersih melebihi sejuta, berhentilah makan nasi campur/nasi ekonomi 2 kali sehari semata-mata untuk berjimat!

“Anda sebenarnya membayar dengan mata wang yang berbeza, iaitu kesihatan dan perut anda, yang mungkin menelan belanja lebih banyak pada masa hadapan berbanding apa yang telah anda jimatkan,” tulisnya di Threads.

Bagi dirinya, satu set makanan Jepun yang boleh didapati pada harga RM25 sehingga RM30 ini cukup seimbang dengan segala zat protin, sayur dan sebagainya.

Dia cakap tidak salah untuk memakan nasi ekonomi tetapi jika bergaji besar ada baiknya pertimbangkan juadah dari Jepun dan mendakwa sesuatu yang mahal memberi gambaran ia lebih bagus.

Perbezaan yang didapati antara kedua-dua makanan adalah penggunaan minyak dan gula di dalam hidangan masing-masing.

Tambahnya walaupun anda sekalipun mengambil lauk sayur dan daging di dalam nasi campur, ia masih terisi dengan kandungan minyak dan gula yang banyak sekaligus kuantiti kalori yang diambil dalam seharian didapati berlebihan.

Malah, dia menegaskan seumpama tiada guna mengambil makanan yang dianggap sihat di dalam hidangan nasi campur kerana masih mengandungi jumlah kalori yang tinggi.

Netizen tempatan langsung membidas dakwaan lelaki itu yang menuduh makanan nasi campur di Malaysia tidak berkhasiat berbanding hidangan makanan Jepun seperti Bento.

Ramai berpendapat dengan hidangan nasi berlauk juga boleh menjadi berkhasiat selagi makanan mengandungi bahan yang seimbang seperti ayam atau daging yang digril atau stim, dicampur dengan sayur serta kuantiti nasi yang sedikit.

Menariknya, seorang pengamal kesihatan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dengan klien dan berkait gaya hidup sihat berkata dirinya juga memilih nasi campur tetapi yang dikawal kuantitinya dan lebih baik masak sendiri jika mahu mengawal kuantiti kalori di dalam sesuatu juadah.

Sebahagian netizen percaya walaupun kita mempunya persepsi bahawa sesuatu yang murah itu tidak bagus, tidak bermakna boleh pukul rata kerana ada yang tahu memilih makanan yang berkhasiat menerusi menu nasi campur tanpa perlu berbelanja lebih seperti yang disarankan di atas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2025 08:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2025 08:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2025 08:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2025 08:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:25 AM | Show all posts
ape la pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kamu jutawan sekalipun, jika tekak tak dapat terima makanan yang bland seperti makanan jepun,kamu tak akan makan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
geli ketiak aku batak nauu...
tgk blk masakan toknenek kite mcm mana. ko masak sayur sampai lembek letak minyak 2senduk mmg la...cuba makan ulam2 fresh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 09:00 AM | Show all posts
jgn la mkn nasi campur mcm nasi kandar tu
amik yang kering2 dah ler janji cukup protein fibre kabo segala
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekonomi rice cina vegetarian..
Boss iols.pung relaks je makan kat foodcourt..gaji sah sah le puluh ribu...

Kan mr chow...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:17 AM | Show all posts
dah berapa lama dia hidup eh? kecik2 dulu mak dia bagi makan apa eh? bukan nasi dgn ikan goreng, sambal belacan segala ke? generasi skrg mmg x reti nak menikmati makanan local..!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut pakar makanan n ada byk kajian
dah terbit journal pun  makanan paling elok nak makan untuk kesihatan, umur panjang dan awet muda ni adalah Mediterranean diet
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru bercadang nak order nasi padang. Biasanya saya makan nasi segenggam, pucuk ubi rebus, daging dendeng berlada, gulai ikan, gulai nangka seketul dua. Betul la kalau belasah semua minyak2 dengan sebesen nasi, memang tak sihat la. Kena berpada2. Kadang2 makan nasi dua sudu, ikan, ulam2 selambak, budu perah limau patah cili api. Jepun pun ada juga makan macam wagyu rice set tapi tak berapa suka berbanding lauk2 Nusantara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:09 AM | Show all posts
nasi campur pun makanan sihat asal disediakan dengan pengetahuan tentang pemakanan sihat dan bukannya semata-mata dilihat pada aspek sedap tak sedap spt kebiasan orang.

klu melantak nasi dan lauk berpinggan-pinggan shj memanglah tak sihat.

contohnya, klu ada nasi dgn jumlah sedikit iaitu relatif kepada kebiasaan orang, protein cukup dan banyakkan dan pelbagaikan sayur dan ulam, kuah tu berpada-padalah sbb kuah tu ada banyak dan mcm2 jenis perasa yg biasanya jika berlebihan menyebabkan masalah kesihatan... ianya sepatutnya cukup ok

aku tengok masalahnya bukan kepada gaji besar ker kecil(kecuali kes sgt miskin)..

...tetapi ini persoalan sejauh mana seseorang itu tahu ttng pemakanan sihat, kemahuan untuk makan makanan sihat dan disiplin untuk maintain...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
tidak berkhasiat seperti makanan Jepun.

tidak berkhasiat seperti makanan Jepun.

tidak berkhasiat seperti makanan Jepun.

Betul ke tatabahasa ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai nasi cmpur ade je taruk menu jelatah lah kerabu la ape la
Menu bakar ade
Singgang ade
Rebus2 ade
keco la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 10:29 AM | Show all posts
toynme replied at 14-5-2025 09:00 AM
jgn la mkn nasi campur mcm nasi kandar tu
amik yang kering2 dah ler janji cukup protein fibre kabo s ...

kuah banjir , nasi banyak ( nak2 plak nasi daun pisang )

jgn la ikut org india kt india makan, diorang kerja buruh, penari, nak menari pn byk pakai tenaga tau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-5-2025 10:39 AM

Sebab dalam otak orang Malaysia dah lama dimomokkan Ikan Salmon sangat bagu berprotein tinggi walaupun hanya hirisan kecil. Lepastu minyak zaitun sangat bagus...padahal dalam makanan Jepun tu guna minyak sawit juga. tak oernah lagi orang menumis guna minyak zaitun.

Lepastu pembeli buat andaian daging hirisan nipis seperti makanan Jepun sangat bagus berbanding daging hirisan tebal....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:37 AM | Show all posts
Makanan jepun banyak cacing .sihat dh berkhasiat benda.sushi tu lg la mcm ada cacing je kt dlm sushi tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemudian makan sushi dengan Kicap Jepun tinggi sodium juga...apa yang healthy???

Wasabi pun bukan ori wasabi...tiruan wasabi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.114790 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list