CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 3

[Tempatan] Trauma bayi cedera ketika dijaga pengasuh

[Copy link]
Post time 12-5-2025 10:51 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA: Sepasang suami isteri mengalami trauma selepas bayi lelaki mereka berusia empat bulan disahkan mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan di kepala ketika berada di bawah jagaan pengasuh.


Ahmad Syamil Fazli, 30, berkata insiden itu disedari selepas dia dan isterinya pulang kerja pada jam 7.15 petang, Khamis lalu dan mendapati Annas Sayyed dalam keadaan tidak bermaya.


“Biasanya anak kami ceria dan aktif bila kami pulang, tapi hari itu dia hanya memandang kosong dan menangis bila saya panggil. Saya tahu ada yang tak kena,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Pasangan itu segera ke rumah pengasuh untuk mendapatkan penjelasan namun wanita itu menafikan sebarang kejadian buruk berlaku, sebaliknya memaklumkan Annas tidur lebih lama daripada biasa.


Pemeriksaan lanjut di Hospital Taiping melalui imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mengesahkan terdapat pendarahan dalam otak dan retakan kecil pada kepala Annas yang dipercaya akibat terjatuh.


“Disebabkan pengasuh enggan mengaku, laporan polis dibuat atas nasihat doktor,” katanya.


Annas kini dirawat di Hospital Ipoh dan keadaannya menunjukkan sedikit perkembangan positif.


“Dia sudah mula senyum walaupun masih lemah dan kami berharap siasatan polis dapat membawa keadilan kepada anak kami,” katanya. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 01:47 PM | Show all posts
Polis nak buat macam mana nak dapat confession ni, pulas puting ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:49 PM | Show all posts
Astaghfirullah, tiap tahun berapa banyak kes macam ni dok berulang-ulang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-5-2025 01:47 PM
Polis nak buat macam mana nak dapat confession ni, pulas puting ka?

Paling kuat pun main psikologi, nak dpt pengakuan. Kalau mmg jenis muka RBF, mmg kes tak jalan la, bukti takde.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.111558 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list