CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2250|Reply: 25

Offensive! Gambar Azah Aziz pakai kebaya dipadam

[Copy link]
Post time 12-5-2025 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Entah di mana silapnya, pelakon Azah Aziz meluahkan rasa pelik apabila gambarnya mengenakan kebaya bersama kain batik dipadam Instagram atas alasan ‘offensive’ atau menyinggung sensitiviti.

Bingung dengan perkara itu, Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 52, berkata, ada kemungkinan hantaran tersebut diturunkan kerana menyebut nama negara jiran.

“Semalam kita post OOTD (Outfit of the Day) pakai kebaya, lepas tu pagi ni Instagram padam gambar, katanya ‘offensive’.

“Kenapa ye? Adakah sebab kita sebut nama negara jiran? Sebab kata beli batik dan kebaya dari sana. Sensitif betul,” tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

  


Penampilan anggun pelakon Cinta Korporat itu mengenakan kebaya hakikatnya mencuri perhatian ramai namun siapa sangka, dianggap keterlaluan oleh sistem Instagram hingga dipadam secara automatik.

Namun apa yang menghiburkan, ruangan komen foro dihujani pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang menyifatkan kejadian itu tidak masuk akal.

Perkara itu mencetuskan pelbagai respons menerusi ruangan komen apabila rata-rata netizen tampil berseloroh, malah ada yang menyifatkan tindakan Instagram sebagai cemburu dan tidak masuk akal.

  


“Silap awaklah pakai kebaya dengan kain batik. Itu satu penghinaan terhadap fesyen. Sekarang tahun 2025, kebaya kena padankan dengan ‘panty’ macam Lisa Blackpink,” seloroh seorang pengguna media sosial.

“Instagram cemburu sebab awak lawa sangat ni. Orang negara jiran pakai pun tak ‘meletup’ macam awak,” komen seprang peminat.

“Sebab awak lawa sangat sampai Instagram pun rasa tergugat,” usik seorang lagi.

  


Tindakan Instagram itu turut mencetuskan perbincangan mengenai sensitiviti budaya dan ekspresi fesyen dalam media sosial yang kian mudah tersinggung dengan segala hal.

  


Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dia dh cecah 50an, tp maintain ya.
Tak nampak berusia pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau maintain healthy lifestyle memang nampak lebih muda dan sihat. Iols tengok rata2 org muda skg body out of shape, kadang tak boleh beza anak dara atau mak org banyak body mak2. Tak kisah la body tu tapi kalau sendiri tak segan pakai ketat atau baju singkat sampai nampak bentuk punggung yg tak lawa tu kita yg tengok pun naik segan. So pakai la moderate dan longgar2 kalau body tak berapa menarik
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 12-5-2025 11:39 PM
Umur dia dh cecah 50an, tp maintain ya.
Tak nampak berusia pun

Gambar,video boleh menipu sis..jgn terpedaya

~Komen ini secara general,tiada kena mengena dgn article  di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu terkenal sebab berlakon filem apa? Bnyk ke filem dia berlakon? Knp akak x ingat langsung filem apa? Dia popular sb apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu2 yg aku ingat ..jasmin hamid tu popular sb seksi kehkeh,  baring separuh bogel kat tepi kolam mandi, muka nan hado,  sofea Jane popular sb cantik, ziana zain popular sb talent lagu sedap gila madah berhelah , Erra fazira sb talent lakonan, tp.x cantik sgt masa tu tp bab menyanyian suara hancus,
fauziah latif sb cantik dan talent nyanyian, awie mmg talent suara dan lakonan, kru minta maaf sb aku x rasa suara mereka sedap, semua lagu2 x sedap pada aku lah..tp mereka sgt popular dan diminati mungkin sb rupa, teknik persembahan yg berstamina dan lagu2 yg rancak tp aku mmg x minat satu pun lagu2 kru. Mas Anizan popular sb cantik dan kawin lelaki tua masa tu. CT sebab lawa, berbakat dan lagu meletop. Sharifah aini, sudirman sebab talented dlm lakonan dan nyanyian. ..siapa lagi eh..oh Amy Search sb bakat dan lagu2 sedap..walaupun lagu rock menyakitkan telinga..hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2025 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mighabasic kena pasal pakai sari ke aritu? Cultural mende ntah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 konoha la ni repot kot? Sapa je kaki klaim kalau bukan deols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 08:55 AM | Show all posts
slalunya mesti ada org click report kalau benda remeh ni..
pdhal baju kebaya jer kot, apa masalah ntah.
btw, maintain slim n lawo kakak azah, en. somi plak yg nmpk menua..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 08:58 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2025 07:34 AM
Dia ni dulu terkenal sebab berlakon filem apa? Bnyk ke filem dia berlakon? Knp akak x ingat langsung ...

soap opera Idaman...model juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 09:00 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2025 07:46 AM
Zaman dulu2 yg aku ingat ..jasmin hamid tu popular sb seksi kehkeh,  baring separuh bogel kat tepi k ...

Erra top sbb dia masuk Ms World tu je.. berlakon kayu..sampai sekarang kayunya but improved compare to zaman Sembilu.
Satu lagi yang comel seksi is Didie Alias, Sheila Rusly. Gebu gebas drg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape org report ni. Elok je dia pakai kebaya siap berkain. Bukan pakai sepender je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 09:22 AM | Show all posts
noor2 replied at 12-5-2025 11:34 PM
Dia ni dulu terkenal sebab berlakon filem apa? Bnyk ke filem dia berlakon? Knp akak x ingat langsung ...

dia dulu start dgn modeling kaknoor. pastu berlakon drama. tp macam x igt cerita apa. dan x igt jgk klu dia pernah berlakon filem. pastu dia meletup sbb bercinta n kawen matsaleh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2025 07:34 AM
Dia ni dulu terkenal sebab berlakon filem apa? Bnyk ke filem dia berlakon? Knp akak x ingat langsung ...

Dulu produksi yg paling hit dan org tunggu kemunculan dramanya adalah Kuasatek Picture. Jd Azah ni antara yg selalu dpt job dgn production house tu. Antara drama dia yg top Cinta Korporat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 10:14 AM | Show all posts
anak anak dia dah besar ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 10:53 AM | Show all posts
anak2 dia hensem eh. warisi muka sheols yg eksotik tu. lawa lah kak azah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa kalau kite tulis indon mmg kene violation..satu lagi kalau tulis pondan kat shopee ke TT ke kene oi removed..setan betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 11:35 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2025 07:34 AM
Dia ni dulu terkenal sebab berlakon filem apa? Bnyk ke filem dia berlakon? Knp akak x ingat langsung ...

sbb dia berani berlakon adegan pakai baju renang.. camera lak zoom dekat2 tuttt. citer apa x ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 11:35 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2025 07:34 AM
Dia ni dulu terkenal sebab berlakon filem apa? Bnyk ke filem dia berlakon? Knp akak x ingat langsung ...

sbb dia berani berlakon adegan pakai baju renang.. camera lak zoom dekat2 tuttt. citer apa x ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenen silikon dia baru gantung 4, 5 years ago kot....sebelum balik Malaysia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068221 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list