CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 2

[Dunia] Seumur hidup hanya boleh makan roti putih, bijirin dan gula-gula

[Copy link]
Post time 13-5-2025 10:05 PM | Show all posts |Read mode


London: Hidup tanpa boleh merasa sebiji epal, seteguk sup atau secebis ayam. Itulah realiti pahit dilalui seorang lelaki di United Kingdom (UK) yang menghidap gangguan pemakanan jarang berlaku, menjadikan makanan lazim sebagai ancaman kepada kesihatannya.

Oddity Central melaporkan, Thomas Sheridan, 35, disahkan menghidap gangguan dikenali sebagai ARFID (Avoidant/Restrictive Food Intake Disorder) yang menyebabkan tubuhnya bertindak balas secara ekstrem terhadap makanan tertentu seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur dan daging.

Disebabkan keadaan itu, diet harian Thomas amat ketat, hanya terdiri daripada dua keping roti putih, tiga mangkuk bijirin dan gula-gula.

Dia langsung tidak dapat menikmati makanan berkhasiat lain seperti buah atau sayur dan perlu bergantung kepada suplemen protein serta vitamin.

Thomas berkata, dia pernah membuat percubaan untuk mempelbagaikan diet makanan hariannya, namun semuanya berakhir dengan kegagalan.

"Ada satu ketika kami mula minum dan semua orang biasa bercakap mengenai sandwic bacon.

"Saya cuba membuat telur dan sosej pada suatu hari, dan sebaik sahaja telur itu menyentuh mulut saya, saya terus muntah," katanya.

Sementara itu, ibu bapa Thomas masih ingat kenangan anak mereka itu menolak makanan tertentu ketika berusia 18 bulan.

Thomas hanya 'menutup' mulutnya dan semua usaha untuk membuatnya mencuba buah-buahan serta sayur-sayuran gagal.

Doktor menasihatkan supaya Thomas berlapar sehingga dia makan apa yang ditawarkan kepadanya, dan bapanya cuba menawarkan ganjaran namun tetapi tidak ada yang berhasil.

Di sekolah, Thomas dibenarkan pulang ke rumah untuk menjamah roti bakar kerana dia tidak dapat makan tengah hari di sekolah.

Sebagai orang dewasa, keengganannya terhadap makanan tertentu menghalangnya daripada menjalani kehidupan normal dan menjadikannya lebih sukar untuk bekerja.

"Kali terakhir saya bekerja, dalam tempoh 10 hari, saya kehilangan 9.5 kilogram (kg)," kata Thomas.

Lantaran terdesak mencuba makanan baharu ke dalam diet hariannya, Thomas kini cuba mengumpul AS$8,000 (kira-kira RM34,640) untuk menjalani hipnoterapi, tetapi tiada jaminan ia akan membantu menyembuhkan ARFID.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg mcm kes seorg budak mcm ari tu...yh ini nmpk sihat rupa tubuh bdn dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.400026 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list