View: 1573|Reply: 17
|
Nora Ariffin, Edika berlumba-lumba buka aib
[Copy link]
|
|
Jika tahun lalu gelanggang seni dan hiburan diributkan dengan deretan kes perceraian selebriti yang rata-ratanya pasangan muda, lain pula suhu drama mahkamah syariah pada tahun ini.
Tahun 2025 kita dikejutkan dengan kes perceraian pelakon yang pernah mendapat jolokan sebagai ikon suami mithali iaitu Edika Yusof, 58, yang setia menjaga isterinya lumpuh selama hampir dua dekad.
Siapa sangka siapa menduga, rumah tangga yang terlihat harmoni secara luaran rupa-rupanya menyimpan 1,001 cerita yang sebelum ini terkunci rapat.
Pada tanggal 5 Mei 2025, ikatan perkahwinan yang tersimpul selama 22 tahun akhirnya terlerai jua apabila Edika melafazkan talak satu terhadap Nor Hidayah Yusri di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sebelum menuju ke hari perceraian, beberapa kisah kurang enak mengenai kedua-dua individu ini mula dicanangkan kepada pihak media.
Habis segala aib yang tersimpan selama 20 tahun dilondehkan buat tatapan umum. Satu persatu kenyataan daripada kedua-dua belah pihak menjadi tajuk berita.
Edika mendakwa Hidayah pernah berbual dengan lelaki lain dalam telefon. Hidayah pula mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mempunyai bukti rakaman video dan gambar.
Semua dakwaan Hidayah bagaimanapun dinafikan Edika. Bintang berwajah Bollywod itu menyangkal kenyataan Hidayah yang dakwa dikasari ketika mereka masih menjadi pasangan suami isteri.
“Tiada kena mengena dengan keganasan. Dia ada tiga abang besar, tiga adik lelaki dan anak-anak pun dah besar. Takkan mereka diam. Lagi pun kalau berlaku keganasan rumah tangga, kenapa bukan dari dahulu buat laporan, kenapa baru sekarang?
“Apa-apa yang dikongsikan hak dia. Saya pun boleh cakap ada 20, 30 bukti kalau mahu. Cuma ini bukan pertandingan, tiada siapa akan menang,” tegas Edika.
Pasangan menuju usia emas kedua yang galak berkongsi masalah perkahwinan adalah penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51. Kemuncaknya Nora memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli pada 26 April lalu.
Antara sebab permohonan cerai Nora adalah enggan lagi hidup dalam rumah tangga yang dikelilingi manusia toksik.
Kisah rumah tangga pasangan itu sering mendapat perhatian ramai memandangkan penyanyi Di Persimpangan Dilema itu sering berkongsi perihal rumah tangganya dalam media sosial.
Sebagai isteri kedua, Nora mendakwa sering berdepan konflik membabitkan madu dan anak tirinya. Akhirnya dia memutuskan untuk bercerai kerana tidak mahu hidup dalam tekanan.
Nora juga pernah berkongsi video dakwa diceraikan Rusdhi impak desakan isteri pertama pada Ogos tahun lalu. Namun, mereka kembali rujuk tidak lama kemudian.
Pada sebutan pertama perceraian mereka pada 6 Mei lalu, Rushdi bagaimanapun enggan melepaskan Nora.
“Seronok juga (suami membantah perceraian) sebab rupa-rupanya dia masih sayang pada saya, tapi kena fikir langkah seterusnya macam mana.
“Kami tak mahu bermusuh dan tiada benda yang nak benci dia. Sebab dia terlalu baiklah jadi begini. Namun, saya berserah,” ujarnya.
Apa yang berlaku kepada Nora dan pensyarah kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya sepatutnya tidak perlu terlalu dibuka kepada. Boleh saja masing-masing bercerai tanpa perlu mengundang kejian umum tetapi memilih terbuka membuka pekung di dada.
Apa lagi drama antara Nora dan Rushdi yang bakal disaksikan menjelang sebutan kedua kes mereka 4 Jun depan, sama-sama kita nantikan.
Sumber:Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semua umur dah 50an.
Bukan 25 like bbnu
Tapi perangai tak matang matang
Apa sebab nya ek?.
Vaksin?.
Pemakanan?.
Tiada education?.
Heran betui lah!.
Umur sikit lagi dah nak kambus dalam tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
sila berlumba sapa masuk dlm dulu pulak…sibuk nau berlumba2 bukak aib umur memasing dah 5 series |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sama2 single kawinkan dua orang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
1st couple tu sebab H dah terlampau lama sakit kot. Rasa helpless takada harapan berjalan semula. 20 tahun sabar manusia ada pasang surut juga. Kalau ada salah di mana-mana pehak pun aku boleh faham.
Yang 2nd tu, malas nak cakap lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nek Nora tu yg paling cringe...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes ke 2 tu sebab dia attention seeker, play victim sentiasa |
|
|
|
|
|
|
|
Yaaaa... Kita tngu apa pula next londehan |
|
|
|
|
|
|
|
paling cringe penyondol yg dah bergelar tokma dan ucetard yg dah bergelar atok...
dua2 tak sedar diri..tolong kambus diri masing2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ke dua tu paling cringe sbb masalah cari sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin lemau dari Dr Rushdi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
last2 berjodohan 2 nie.. hahahaahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
silance: 1st couple tu sebab H dah terlampau lama sakit kot. Rasa helpless takada harapan berjalan semula. 20 tahun sabar manusia ada pasang surut juga. Kalau ...
aku saspek edika acah2 je bela jaga sebab nak tunjuk dia lelaki mithali terbaik penyayang, walau hakikatnya……… sebab exwife cakap dia yang settle diri sendiri termasuk keje edika… dan aku rasa isteri dia bersabar lama sebab taknak edika tak bayar nafkah… kira dia tunggu anak2 besar n pandai tuntut sendiri/ pandai cari duit sendiri…
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka je tua, jiwa muda lagi..  |
|
|
|
|
|
|
|
Nek Nora la paling memalukan |
|
|
|
|
|
|
|
sendu betul nek nora n atuk edika ni,...takde sapa hingin nak mengeji sgt..dah byk hari thread tak naik2.hahahha....beza dgn pajura dah cerai dekat setahun acik2 por walatah masih memaki hamun kes pajura buka aib ex tepi longkang...biased betul hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|