CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

[Tempatan] Motosikal berkuasa tinggi 'ditunda' pencuri

[Copy link]
Post time 11-5-2025 03:32 AM | Show all posts |Read mode


Kajang: Seorang pekerja swasta berputih mata apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW miliknya lesap 'ditunda' keluar dari kawasan parkir rumahnya, di sebuah pangsapuri sekitar Desa Baiduri, Cheras, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun mendakwa menyedari motosikal miliknya hilang pada 5.45 petang.p


Menurutnya, semakan mendapati nombor pendaftaran digunakan pada motosikal ditunggang suspek adalah palsu.



Katanya, pemilik asal nombor pendaftaran berkenaan sudah membuat laporan polis mengesahkan kenderaan miliknya yang didaftarkan pada nombor pendaftaran itu berada di Terengganu.


"Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati motosikal terbabit dibawa keluar oleh dua lelaki bangsa tidak dapat dipastikan.


"Dua lelaki terbabit menunda motosikal mangsa menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha keluar dari bangunan rumah mangsa,"katanya dalam kenyataan hari ini.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (mencuri kenderaan bermotor) yang memperuntukkan penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.


"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada balai berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Norhafizah Mat Yusoff di 01154539190,"katanya.


Terdahulu kejadian itu tular selepas satu klip video dirakam individu tidak dikenalpasti memaparkan salah seorang suspek menaiki motosikal jenis Yamaha menolak motosikal berkuasa tinggi terbabit menggunakan kaki kanannya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.038051 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list