CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

[Tempatan] Masuk semula ke rumah cuba padam api, lelaki ditemukan rentung

[Copy link]
Post time 11-5-2025 03:19 AM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah di Kampung Kalansanan, Inanam, di sini, petang tadi.


Mangsa, Steve Josey Mardona, 39, ditemukan rentung berdekatan dengan stor dipercayai cuba memadam api ketika kebakaran berlaku, 4.50 petang, semalam.


Katanya, seramai 30 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan dibantu Kota Kinabalu dan Penampang bersama lima jentera digerakkan ke lokasi kejadian.


Difahamkan mangsa sedar ketika kebakaran berlaku dan sudah keluar dari rumah, namun masuk kembali dipercayai untuk memadam api.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Lizalman Abu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.58 petang.


"Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera akibat terjatuh ketika terjun dari rumah untuk menyelamatkan diri dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.


Menurutnya, kebakaran membabitkan lapan rumah dan tujuh daripadanya terbakar sepenuhnya.


"Operasi dilaporkan terkawal pada 6.08 petang dan pada 8.20 malam terdapat mayat seorang lelaki ditemui rentung berdekatan dengan stor rumah," katanya yang turut memaklumkan punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list