CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 5

Nadhir kenalan 'hi, bye' - Angel Dolla

[Copy link]
Post time 10-5-2025 11:07 PM | Show all posts |Read mode



Anggota kumpulan Dolla, Angel menafikan dakwaan menjalin hubungan cinta dengan Nadhir Nasar susulan foto dirinya yang dimuat naik pelakon itu di Instagram sehingga mengundang spekulasi dalam kalangan netizen.

Angel berkata, dia dan Nadhir tidak pernah keluar bersama, sebaliknya hanya berjumpa dalam majlis hiburan.

"Saya baru nampak gambar itu hari ini. Foto itu diambil ketika saya menghadiri sebuah acara hiburan.

"Sebenarnya saya seorang saja selebriti wanita yang ada pada majlis itu kerana hanya saya yang terbabit untuk sesi fotogtafi edisi keluaran majalah lelaki.

"Saya tak ada (hubungan istimewa dengan Nadhir). Mungkin kalau ada projek dan peluang untuk kerjasama saya tiada masalah. Kami hanya jumpa di acara hiburan saja, berjumpa kami tak pernah," katanya.

Menurut Angel, dia juga terkejut apabila pelakon itu memuat naik gambar dirinya di Instagram.

"Saya tidak begitu rapat dengan dia. Kami hanya kenalan 'hi, bye' sahaja. Saya juga terkejut bila dia muat naik foto saya.

"Cuma saya perasan juru gambar peribadinya ada mengambil gambar saya dan beberapa selebriti lain," katanya.

Ditanya mengenai gosip hubungan mereka yang menjadi bualan ramai sejak dua tahun lalu, Angel berkata, hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan selebriti.

"Sebenarnya tidak ada perbezaan daripada dulu sampai sekarang. Kami hanya kenalan 'hi dan bye' bila berjumpa dalam majlis hiburan," katanya.

Semalam perkongsian Nadhir di Instagram mencuri perhatian ramai apabila turut memuat naik foto Angel ketika menghadiri sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Sebelum ini, pada 2023 timbul gosip antara Angel dan Nadhir apabila mereka saling berbalas komen di media sosial termasuk menggunakan emoji sama.

Bagaimanapun Nadhir menafikan dakwaan dirinya sedang bercinta dengan Angel.

Kata Nadhir, hubungan mereka hanya sekadar kawan dan komunikasi di media sosial bukanlah sesuatu yang serius di antara mereka.



Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada pape pun okay je. mmg taste nadhir kan? ke bukan.

bosan dah gossip retis2 yg sama je
nak jugak sesi londehan retis bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadhir punya GF bukan ke yg model asal Kelantan tapi muka chinese tu ke.. Nampak macam sama2 ada kt Jepun jer ari tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:42 AM | Show all posts
Nadhir tersilap upload tu. Mgkn fotografer send pic pukal terus kt semua. Pndi2 pilih nk upload mana. Tu yg mgkn x sengaja terclick pic dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ayat cover line kettew

kalau sheols bagi izin okay la, tapi kalau w/o consent macam seram la jua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar that girl over untuk macik2 macam iolls
terus iolls x suke nadhir soweee
comment section pun geli iolls
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050311 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list