CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita warga emas rugi RM680,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 10-5-2025 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Wanita warga emas rugi RM680,000 jadi mangsa pelaburan tidak wujud

10 Mei 2025 06:39pm




Seorang wanita warga emas kerugian RM680,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud di sini, baru-baru ini. Gambar hiasan



GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas kerugian RM680,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pesara syarikat swasta berusia 60 tahun itu membuat laporan polis selepas diperdaya oleh aplikasi pelaburan dalam talian.


"Menurut mangsa pada awal Februari lepas beliau telah melihat satu iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui aplikasi Facebook dan mula berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

"Wanita itu memaklumkan pelaburan itu menjanjikan pulangan keuntungan antara 10 hingga 20 peratus daripada modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Hamzah berkata, mangsa yang berminat untuk menyertai pelaburan tersebut telah diminta untuk memuat turun satu aplikasi dan mendaftar keahlian sebelum melakukan tujuh transaksi ke lima akaun bank berbeza berjumlah RM680,000.

Beliau berkata, wanita itu hanya menyedari ditipu apabila kehabisan wang dan masih diminta untuk membuat komisen kepada syarikat tersebut yang kononnya bagi tujuan mengeluarkan keuntungan sebanyak RM11 juta seperti yang dipaparkan dalam aplikasi terbabit.

"Mangsa tampil membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket itu. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu,” katanya.


Sehubungan itu, Hamzah mengingatkan bahawa penyertaan dalam mana-mana skim pelaburan khususnya yang ditawarkan secara dalam talian adalah sangat berisiko dan orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkaitan. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/727752/berita/semasa/wanita-warga-emas-rugi-rm680000-jadi-mangsa-pelaburan-tidak-wujud


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033461 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list