CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1357|Reply: 20

‘Tergamak mereka ‘pedajal’ saya makan petai’ - Ramlah Ram

[Copy link]
Post time 10-5-2025 09:49 AM | Show all posts |Read mode





RAMLAH Ram, sepotong nama yang pernah gah di persada seni suara suatu ketika dahulu.


Paling diingati, lagu nyanyian Ramlah berjudul Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu pada 1988.


Namun, siapa tahu di sebalik kemasyhuran yang dimilikinya suatu ketika dulu, penyanyi berusia 60 tahun itu pernah menjadi mangsa buli dalam kalangan rakan industtri.


Anak kelahiran Tangkak, Johor itu berkata, isu pilih bulu dalam kalangan penggiat seni bukanlah satu perkara baharu tetapi yang membezakan adalah dia dibuli secara fizikal sementelah artis zaman kini pula terdedah dengan pembuli siber.


Paling menyedihkan, dia dibuli orang sekeliling yang mencemburui kejayaannya meraih anugerah dan menang banyak pertandingan nyanyian.


“Kalau nak cakap tentang buli dalam kalangan artis, saya dah lalui 30 tahun lalu. Masih berbekas lagi rasa sakit hati ini.


“Saya tak pernah menunjuk-nunjuk apatah lagi mendabik dada dengan kejayaan sendiri. Selama ini hanya berkongsi kegembiraan tetapi tidak sangka ada orang iri hati,” katanya kepada HibGlam.


Pertama kali berkongsi dengan media, Ramlah mendedahkan pernah dibuli menjamah nasi yang digaul bersama petai.


“Masih ingat lagi satu ketika dulu saya pernah dibuli rakan industri makan petai.


“Saya pula bukan individu yang makan petai tetapi mereka diam-diam gaul petai dalam nasi selepas berakhir sebuah acara. Bila tanya, semua cakap tak tahu.


“Tergamak mereka ‘pedajal’ saya makan petai. Depan nampak macam rakan yang baik tetapi di belakang mereka buat benda bukan-bukan,” katanya lagi.


Sambungnya, perkara tersebut membuatkan hatinya sedih malah sama sekali tidak menyangka pembuli tergamak memperlakukan dirinya sedemikian rupa.


Buli


“Sampai hati mereka buat saya begitu. Balik rumah saya menangis dan bertanya kepada Tuhan kenapa perlu melalui pengalaman begitu.


“Semua itu berlaku sekitar awal tahun 1990-an. Sampai sekarang saya masih ingat perbuatan mereka,” jelasnya.


Ramlah turut menyifatkan perbuatan sebegitu melampau dan tidak menghormati dirinya sebagai manusia meski ketika itu masih ‘hijau’ dalam industri.


“Tindakan itu dianggap sebagai kurang ajar dan tiada rasa hormat kepada saya.


“Saya pula ketika itu bukan nama besar dan tak berani melawan,” katanya.


Pernah melalui momen pahit dan menjadi mangsa buli, Ramlah mengakui hatinya mudah terkesan apabila melihat beberapa penyanyi baharu turut mengalami hal sama.


Antara kes buli artis yang paling menarik perhatiannya adalah Aina Abdul.


“Kalau nak cakap soal buli, sebagai penyanyi senior, saya simpati dengan nasib yang harus Aina lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Berat sungguh dugaan dia.


“Sebenarnya, penyanyi generasi muda ada idea dan aliran muzik baharu serta berbeza tapi paling sedih melihat peminat yang tak habis-habis bergaduh.


“Kalau minat, kenapa nak bergaduh sehingga wujud situasi tidak sihat.


“Penyanyi dan muzik macam makanan, pilih mana yang anda suka tetapi jangan paksa orang untuk minat benda sama,” kata pelantun lagu Sesaat Kau Datang itu.


Baginya, kehadiran barisan penyanyi generasi baharu perlu diraikan dan bukannya dijadikan mangsa kecaman sehingga melenyapkan semangat untuk terus berjuang dalam industri seni.


“Kenapa jadi begitu. Kasihan sebab kecaman yang Aina dapat sangat teruk sampai menjatuhkan kariernya.


“Dia antara pelapis hebat selain Ernie Zakri, Nadeera dan Marsha Milan.


“Kenapa nak jatuhkan dia? Kadang-kadang melampau, saya harap dia kuat, tolong sampaikan mesej ini kepadanya,” jelasnya.


Berkongsi perkembangan terbaharu, Ramlah berkata, dia kini fokus mengembangkan bisnes kosmetik yang semakin mendapat sambutan ramai.


Jelasnya, tiada apa lagi yang mahu dikejarnya ketika ini termasuk populariti, sebaliknya hanya mahukan kehidupan lebih tenang.


Tak kejar duit, cinta


“Pada usia sekarang, tiada apa lagi yang saya kejar. Duit, kemasyhuran termasuk cinta sekali pun, tidak perlu kejar pun.


“Apa orang cakap sendu atau sebagainya, saya tidak kisah.


“Jadi, saya selesa dengan kehidupan sekarang. Kalau ada lagu yang bagus, saya akan terima. Sekarang pun ada bisnes kosmetik, alhamdulillah sambutan yang diterima sangat baik,” jelasnya lagi.


Dalam masa sama, Ramlah menegaskan kasih dan cinta Allah adalah antara yang dikejarnya ketika ini berbanding trofi anugerah.


“Anugerah apa yang saya tak pernah dapat? Jadi, apa lagi saya nak tuntut daripada Allah?


“Syukur dan jalani sahaja semuanya, sudah puas.


“Masa awal dulu pun saya tak pernah ada cita-cita nak jadi penyanyi. Saya cuma suka-suka dan gembira nak hiburkan orang tetapi Allah beri lebih.


“Semua ini sudah lebih dari cukup,” ujarnya seraya menggulung perbualan.


Sumber : Hibglam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadeera jelmaan Ramlah Ram masa kini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 10-5-2025 09:58 AM
Nadeera jelmaan Ramlah Ram masa kini

Ramlah Ram ni orang parit Bunga muar, parit Bunga tu kan nak dekat dekat dgn town muar, nak dekat dengan Tanjung agas, boleh je naik bas nak ke parit Bunga tu.

Dalam parit Bunga tu cam kampung kampung sikit, pergi masa tu ada wedding Kawan, dia lawyer masa kerja kat rughbir singh & partners, tak tahu ada lagi ke tak legal firm tu kat pekan muar tu. Depan Telekom muar.

Ramlah ram ni suara sedap. Pernah berkasihan dgn Abe ray cinta Kristal.

Sian dia kena buli perbuatan, jahat betul orang orang tu, kalau dibuli perasaan lagi kita memendam rasa. Kan???
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal 90an bukan nama  besar? biar betik dia ni.masa tu dah ujung2 peak dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 10-5-2025 01:29 PM

Abang dia ni sambedi dok kat Kanada dulu.  Sekarang aku tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
suka pembawakan kak melah.. sentiasa humble... jenis x suka meroyan. job nyanyi pn x memilih nampak mcm laku keras show sana sini.. iols syak bayar utk kak melah berpatutan sbb tu org sokmo panggil... suara pn maintain lagi blh hit note2 tinggi wlau kdg2 mcm shaking.. untung byk lagu2 best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya kau, bagiku makan, nasi gaul petai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 10-5-2025 11:19 AM
Awal 90an bukan nama  besar? biar betik dia ni.masa tu dah ujung2 peak dia kot

Tu ar.. awal 90an tu Kak Melah nama besar dah dlm industri muzik Msia.. byk lagu hits yg direkod antaranya Duri Dalam Cinta, Kau Penawar Segala Dukaku, Siapa Yang Bersalah, Di Ambang Pintu Kasih, Madah dan Karenah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Petai kan ke sedap????
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin pulak nak mkn petai lunch ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 10-5-2025 01:40 PM
Tu ar.. awal 90an tu Kak Melah nama besar dah dlm industri muzik Msia.. byk lagu hits yg direkod a ...

Tgk kat tiktok zaman awal 90an tiap tahun ajl ada dia dgn rohana jalil. Kira rohana jalil level2 tinggi jugak la ya dulu.

Fran , ramlah ram, rohana jalil, aishah, zaiton sameon
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
X kan la x bau petai tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-5-2025 01:43 PM
Petai kan ke sedap????

Bukan semua org suka dan paham mkn petai ni kaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 08:00 PM | Show all posts
tokti tu ha lagi ramai donkey... masa AJL ada yg sabotaj sorok baju dengan tikar prop sheols... tu yg rozi cerita... yang tak cerita mesti banyak sheols simpan behind the scene dunia tipu2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo nyam ambik petai tu buang je la
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 10-5-2025 06:23 PM
Tgk kat tiktok zaman awal 90an tiap tahun ajl ada dia dgn rohana jalil. Kira rohana jalil level2 t ...

Fran - back to back masuk AJL 86-88 (pernah menang semua kategori award yg ada utk tempoh 3 tahun ni -- Juara, Naib Juara dua kali, Ketiga, Persembahan Terbaik kedua)

Ramlah Ram - AJL 88, 89, 94, 98, 2007 (menang Juara, Ketiga & Persembahan Terbaik)

Rohana Jalil - AJL 86 (ganti tokmal), 88, 89, 94, 2005 (menang Persembahan Terbaik kedua & ketiga)

Aishah - AJL 90, 95, 2007, 2021 (ganti Tokti) (menang Juara dua kali, juara kategori, Persembahan Terbaik kedua & Persembahan Terbaik)

Zaiton Sameon - AJL 87 (menang Juara, Persembahan Terbaik kedua)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 10-5-2025 09:14 PM
Fran - back to back masuk AJL 86-88 (pernah menang semua kategori award yg ada utk tempoh 3 tahun  ...

Dan semua lagu-lagu yg masuk ajl zaman 80-90an sampai sekarang evergreen.

AJL sekarang, lagu black metal yg shila amzah menang tu sampai ke sudah takde orang dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamak acik peranakan makrifat ambik kesempatan. 2x kena tangkap kering. Takde dia buat jadi bini yang sah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 10-5-2025 09:16 PM
Dan semua lagu-lagu yg masuk ajl zaman 80-90an sampai sekarang evergreen.

AJL sekarang, lagu bla ...

Lagu² yg masuk AJL skrg pun skala nguapan sgt.. calonkan lagu yg xde org dgr pun boleh asalkan pemenat gigih mengundi dh leh masuk AJL..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgh tgk prog Bintang RTM +
Arwah Sudirman Hj Arshad
Harap2 nnt ada prog utk Ramlah Ram jgk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.118310 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list