CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 3

Ekin Cheng keras hati, tolak tawaran lumayan... Produksi siap ‘offer’ bawa Lin Dan berlakon sama

[Copy link]
Post time 10-5-2025 09:38 AM | Show all posts |Read mode


PELAKON asal Hong Kong iaitu Ekin Cheng tetap dengan pendiriannya enggan menerima tawaran kembali berlakon dalam siri Young and Dangerous yang pernah dijayakan sebelum ini.


Biarpun pernah ditawar bayaran tinggi, namun Cheng, 57, tetap enggan menghidupkan semula watak Chan Ho Nam lakonannya itu.


Menurut seorang produser yang dikenali sebagai Manfred Wong, pihaknya memberikan tawaran tersebut namun ditolak mentah oleh Cheng tanpa alasan kukuh.




"Tiada sebarang syarat, tidak perlu mengubah skrip. Apa yang dilakukan sekalipun dia tidak akan ambil tawaran ini," ujarnya.


Sementara itu pengurus kepada Cheng juga mendedahkan ramai penerbit yang berminat untuk melakukan penggambaran semula filem berkenaan.


Malah ada yang cuba memikat Cheng dengan cara menjemput pemain badminton Lin Dan untuk terlibat sama kerana tahu pelakon itu gemar sukan berkenaan.




Bukan itu sahaja, ada juga penerbit berjanji akan menjalankan penggambaran di dalam studio supaya Cheng tidak perlu ke lokasi yang jauh.


Semua tawaran itu bagaimana tidak berjaya mencairkan hati Cheng.


Filem Yong and Dangerous ditayangkan pada 1996 dan memiliki enam siri kesemuanya. - mStar





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Y sayang y?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 03:40 PM | Show all posts
Masih handsome dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 02:48 AM | Show all posts
Dah 57 pun msh hensem lg... Kuat btl hati dia tolak offer wpun byrn tinggi... Dia takut kot Young & Dangerous kali ni x meletup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043323 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list