Wanita Terjah Restoran Kotor, Staf Di Hadapan Bertudung, Tukang Masak Bangladesh[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
Di Malaysia, nama sesebuah restoran sering memberikan gambaran kepada pelanggan tentang jenis makanan yang disediakan lebih-lebih lagi jika menggunakan nama berunsur Melayu. Ramai beranggapan restoran sebegini akan menyajikan makanan halal. Namun apa yang dipaparkan tidak semestinya benar. Segelintir peniaga zaman sekarang bijak mengaburi mata pelanggan. Di sebalik dapur, mereka mengupah warga asing yang status agamanya mungkin diragui.
Buat MBSA, tolong tengok video saya…Sila ambil perhatianDemikianlah hal yang sempat didedahkan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama Madam Siti ini. Bebera[a hari lalu, dia nekad menyerbu sebuah restoran yang berlokasi di Sungai Buloh sehingga ke bahagian dapur.
Apa yang mengejutkan, tukang masak yang sibuk menyiapkan makanan di belakang rupanya merupakan warga Bangladesh. Walhal di bahagian hadapan, terdapat seorang pekerja wanita yang mengenakan tudung.
You tengok sendiri…Nasi masak dekat tandasSebahagian lantai dapur kelihatan sudah pecah dengan sangat teruk. Suasana di sana juga amat kotor dan semestinya tidak sesuai digunakan sebagai lokasi penyediaan makanan. Paling meloyakan tekak, proses memasak 2 periuk nasi juga dilakukan berdekatan kawasan tandas.
Saya sudah fedup dengan ini kedai! Saya takde heran kalau dia mau lucut jawatan directorSepanjang video itu dirakam, semua pekerja dilihat mengendahkan Madam Siti. Tidak pasti apakah perkaitan wanita ini dengan pihak pengurusan restoran terbabit, namun Madam Siti tegas menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis kotor ini.
|