CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 5

Nazir, Farik dilarang keluar negara 5 tahun, tak boleh tunai umrah, haji

[Copy link]
Post time 9-5-2025 08:25 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Polis mengenakan larangan perjalanan selama lima tahun terhadap dua pengganas warga Malaysia yang dihantar pulang selepas ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba selama lebih 18 tahun.


Larangan itu dikenakan ke atas Muhammed Nazir Lep, 49 dan Muhammed Farik Amin, 48, yang mengaku bersalah dalam insiden pengeboman yang mengorbankan lebih 200 orang di Bali, Indonesia pada 2002.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada persetujuan dengan kerajaan.


Menurutnya, Farik dan Nazir perlu kekal di dalam negara selama lima tahun termasuk tidak boleh melaksanakan umrah dan haji.


“Tiada sekatan untuk perjalanan dalam negara, namun mereka dinasihatkan untuk memberitahu polis berkenaan lokasi mereka untuk tujuan keselamatan,” katanya.


Sementara itu, Razaruddin berkata, kedua-dua lelaki itu sedang memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan dengan keluarga.


Difahamkan, Nazir kini menanam cili dan menternak ayam dan kambing manakala Farik pula menjaga ibu bapanya yang sudah tua.


Nazir, Farik dan Encep Nurjaman atau lebih dikenali Hambali ditahan di Thailand pada 2003 dan kemudiannya dibawa ke lokasi tahanan rahsia sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Teluk Guantanamo pada 2006.


Nazir dan Farik dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah tentera Amerika Syarikat pada Januari 2023 selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan serangan di Bali.


Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu selepas bersetuju memberi keterangan terhadap suspek utama iaitu Hambali.  




Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 09:02 AM | Show all posts
ooo dah balik eh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 09:43 AM | Show all posts
ternak ayam, kambing, tanam cili je tau...jangan nak buat markas rekrut pulak dalam kebun tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ecah mst kenal pakcik2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Puncaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
encep/hambali tu org malaysia ke mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.039956 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list