View: 127|Reply: 3
|
[Dunia]
Iran kecam AS mahu ubah nama Teluk Parsi kepada Teluk Arab
[Copy link]
|
|
TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengecam rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menamakan semula Teluk Parsi secara rasmi kepada Teluk Arab, lapor portal berita Arab News semalam.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai penghinaan kepada semua rakyat Iran.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosial, Araghchi menolak hasrat presiden AS yang dilaporkan untuk menggunakan nama alternatif yang telah lama digemari oleh negara-negara Arab yang bersempadan dengan laluan laut itu.
“Sebarang percubaan bermotifkan politik untuk mengubah nama Teluk Parsi yang diwujudkan secara sejarah adalah tanda niat bermusuhan terhadap Iran dan rakyatnya dan dikecam sekeras-kerasnya,” tulisnya.
Kecaman itu dibuat susulan kenyataan dua pegawai AS yang berkata bahawa Trump merancang untuk mengumumkan pertukaran nama semasa lawatannya ke Arab Saudi, Qatar, dan Emiriah Arab Bersatu pada minggu depan.
Mereka yang bercakap dengan syarat tidak mahu nama masing-masing didedahkan berkata, nama baharu itu akan digunakan dalam pentadbiran kerajaan AS. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Macam kena rasuk orang tua ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar lah dia nak pangill Teluk Trump pun, yang ko tau ko tetap panggil Teluk Iran.
Dan kalau suka, ko pun boleh ja tukar nama USA tu sesedap rasa. Guna sendiri lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 8-5-2025 06:57 AM
Sudah lama arab states panggil arab gulf... Iran panggil persian gulf.... Dalam map saja guna name asal di bagi oleh european sebagai persian gulf... Gulf dispute sehingga ber perang..US allies dengan arab... Heshe akan refer kepada arab gulf...
Bukan di cipta trump... Sudah lama di recognize arab gulf among arab states |
|
|
|
|
|
|
| |
|