View: 894|Reply: 10
|
Dikasari isteri- Zehra Zambri dan suami dipanggil pihak polis
[Copy link]
|
|
Kertas siasatan berhubung dakwaan keganasan rumah tangga membabitkan penyanyi Zehra Zambri dengan suaminya, Nur Mohd. Iqwan Samsudin dibuka semula pihak polis.
Mohd. Iqwan, 42, berkata, dia dan Zehra sudah dipanggil pihak berkuasa bagi memberikan keterangan susulan pendedahannya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Selepas saya buat pendedahan dikasari isteri sepanjang perkahwinan kami, kes dibuka semula. Ada siasatan dan saya sendiri sudah dipanggil dua kali ke balai.
“Polis juga sudah datang ke lokasi (rumah) untuk mengambil gambar sebagai bukti.
“Saya dimaklumkan Zehra juga dipanggil untuk beri keterangan dan akan ada pendakwaan terhadapnya,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini selepas prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Mohd. Iqwan berkata, dia dan Zehra, 38, hadir memberi keterangan pada 14 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) Kajang susulan laporan yang dibuatnya pada 25 Januari lalu.
Mohd. Iqwan sebelum ini mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga atas perbuatan isteri sendiri sebanyak empat kali sepanjang perkahwinan selain telah membuat laporan polis.
Bagaimanapun, akuinya kes tersebut ditutup apabila dia bersetuju untuk menyelesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.
Pada sebutan pertama kes permohonan cerai di mahkamah sama, lelaki terbabit dakwa menjadi mangsa isterinya sehingga meninggalkan parut kekal.
Akuinya, kejadian berlaku sebelum Zehra menyertai program Gegar Vaganza musim 11 (GV11) sehingga kali terakhir ketika separuh akhir rancangan tersebut berlangsung tahun lalu.
Hari ini, pegawai penyiaran itu berniat melafazkan talak namun menangguhkan hasratnya kerana isteri dalam keadaan tidak suci selain wanita terbabit enggan menggugurkan empat tuntutan daripada lima permohonan dikemukakan di mahkamah.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
4 kali kena cakar ke? huhu singa eh kt rumah  |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni ada masalah attitude ke? Dulu baca berita sekejap pastu discontinue. Nyanyi pulak macam tak ke mana. Tgk hazel desmond dll ramai lagi yg baca berita sampai sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
1st marriage pun sekejap je. Tak silap dia kata ada masalah mertua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kes NGAI la ni, dia dakwa kene pukul, kemudian dia tarik balik kes, tapi pendakwaraya tetap nak teruskan kes. Lebih kurang la kan. Jadi pengajaran dia, berhati2 kalau nak buat laporan kene pukul, sebab kalau tarik balik pun, belum tentu kes settle. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu dia ni mcm ek sikit masa zaman ada pakngah
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 provoke each other lah kot...
Dua2 x nak kalah..
Nampak dari gaya, dua2 jenis suka bercekau...
2 x 5 lah tu... Agaknyaa |
|
|
|
|
|
|
|
zehra ni apa lagu dia ada? |
|
|
|
|
|
|
|
SIMALAKANA KALAU TAK SILAP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|