View: 362|Reply: 3
|
[Dunia]
Dunia tak mampu tanggung risiko konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan'
[Copy link]
|
|
'Dunia tak mampu tanggung risiko konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan'[size=0.82]BERNAMA-ANADOLU
May 7, 2025 @ 11:14am


HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan berhubung operasi ketenteraan India yang menyasarkan lokasi di Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Beliau menyeru agar kedua-dua negara mengamalkan kawalan ketenteraan sepenuhnya. Dunia tidak mampu menanggung risiko konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan," kata Jurucakapnya, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Kenyataan Guterres itu dibuat susulan laporan mengenai operasi ketenteraan India yang dinamakan Operasi Sindoor, menyasarkan beberapa lokasi di Pakistan dan wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Ia berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua negara memuncak susulan serangan bulan lalu di kawasan pelancongan Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, yang mengorbankan 26 orang.
Kedua-dua negara turut melaksanakan respon diplomatik terhadap satu sama lain, termasuk membatalkan visa untuk warganegara masing-masing dan memanggil pulang sebahagian kakitangan diplomatik.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, banyak negara termasuk Amerika Syarikat telah menghubungi pemimpin kedua-dua negara dalam usaha meredakan ketegangan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 6-5-2025 07:51 PM
If perang nuclear ber laku pakistan akan lebih teruk dari india... Pakistan hanya ada low yield nuclear di banding kan india... Sudah berlaku nuclear weapon provoking... Pro pakistan warmonger prolly peduli suka perang saja... Tidak fikir destruction and death count akan berlaku... |
|
|
|
|
|
|
|
Play the religious card and then everybody will automatically know who to side. Kesian muslim Indians.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|