CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 6

[Tempatan] 3 lelaki samun peniaga R&R

[Copy link]
Post time 7-5-2025 11:05 AM | Show all posts |Read mode


3 lelaki samun peniaga R&RTiga lelaki warga tempatan dicekup dalam serbuan berasingan sekitar Johor Bahru. - Foto PDRM
KLUANG: Menyamun di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Renggam sebelum melarikan diri sejauh kira-kira 60 kilometer ke Johor Bahru dengan anggapan selamat daripada dikesan pihak berkuasa.

Namun, taktik berkenaan tidak menjadi selepas tiga lelaki warga tempatan berusia 19 hingga 23 tahun terbabit dicekup dalam serbuan berasingan antara 1 hingga 2.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komsioner Bahrin Mohd Noh berkata suspek menyamun peniaga wanita dan melarikan wang tunai RM1,200 miliknya.

Pada 2.40 pagi 4 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menerima satu laporan polis daripada mangsa samun (berkenaan).

Kejadian disyaki berlaku pada 12.30 tengah malam sebelum itu di sebuah tapak perniagaan, di hentian berkenaan.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang berjaya menahan tiga lelaki tempatan," katanya dalam kenyataan.
Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama dan suspek kedua mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah.

Suspek ketiga tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau," katanya. Katanya, saringan air kencing terhadap suspek ketiga mendapati dia positif methamphetamine.

Saringan ujian air kencing terhadap suspek pertama dan suspek kedua negatif," katanya.
Semua suspek direman sehingga selama enam hari sehingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 11:25 AM | Show all posts
keje la wei
ape jadah main ragut2 lagi ni
kak liza yang OKU pun dapat gift 100 sehari
buat je live kat tiktok tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau warga tempatan menyamun tu, tau dah sapa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 03:09 PM | Show all posts
Lama juga masa antara waktu kejadian dengan tangkapan. Berasingan lagi. Memula ingatkan polis cekup atas highway ja.

Payah juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 03:10 PM | Show all posts
toynme replied at 7-5-2025 11:25 AM
keje la wei
ape jadah main ragut2 lagi ni
kak liza yang OKU pun dapat gift 100 sehari

Kat mana baca kata ragut?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok fizikal org normal, sihat tubuh badan.. tapi haluan kiri gak kau pilih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2025 03:49 PM | Show all posts
Purestteam1 replied at 7-5-2025 03:35 PM
tengok fizikal org normal, sihat tubuh badan.. tapi haluan kiri gak kau pilih

meth tu mahal dik, org kalo dah ketagih meth ni mmg nak meth je, dpt duit je dah nampak serbuk ajinomoto

wa dulu ada kawan sepejabat kaki meth, dpt bonos je, dia cakap, 1st skali aku nak beli dadah hahaha


katanya dah berenti ngisap skrg, ntah ler, harap2 berenti la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047655 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list